Penyakit Paru Paru Sarkoidosis (sarcoidosis)

Sarkoidosis adalah merupakan penyakit granuloma (tompokan sel imuniti) yang melibatkan gangguan dalam pelbagai sistem badan. Punca sebenar penyakit ini masih tidak diketahui (punca yang diketahui ialah: tompokan sel imuniti tersebut menyebabkan pelbagai manifestasi dalam penghidap penyakit ini). Penyakit ini dijumpai secara kebetulan (dalam 20-40% kes) selepas seseorang itu menjalani X-ray untuk tujuan tertentu yang lain. Hal ini demikian kerana penyakit sarkoidosis ini biasanya tidak menunjukkan tanda tanda dan simptom. Walaubagaimanapun, sarkoidosis yang datang secara tiba tiba dalam masa yang singkat boleh dimanifestasikan dengan kehadiran erythema nodosum (lebam lebam pada badan) dan sakit sakit sendi. Tanda tanda ini hilang kemudiannya.

Tanda dan simptom klinikal dapat dibahagikan kepada dua bahagian besar iaitu tanda dan simptom pada paru paru dan selain paru paru.

Tanda dan simptom pada paru paru:
  • 90% pesakit mempunyai x-ray dada yang luar biasa, menunjukkan pembengkakkan nodus limfa (lymphadenopathy) di kawasan hilum paru paru.
  • Terdapatnya tompokan pada paru paru di luar nodus limfa di atas bagi pesakit yang lebih teruk.
  • Batuk yang kering (tidak berkahak)
  • Sesak nafas yang semakin teruk
  • Sakit dada
X-ray menunjukkan tompokan pada paru paru
Gambar dari Wikipedia

Gambar menunjukkan paru paru berubah struktur menjadi seperti 'sarang lebah'
Gambar dari Wikipedia


Tanda dan simptom pada selain paru paru:
  • Nodus limfa yang membengkak (lymphadenopathy)
  • Hati membesar
  • Limpa (spleen) membesar
  • Radang anak tekak
  • Mata merah dan pedih
  • Glaukoma
  • Terdapat bebola cecair bawah kulit pada jari (terminal phalangeal bone cyst)
  • Kelenjar air liur dan kelenjar air mata membengkak
  • Lumpuh pada muka (Bell's palsy)
  • Masalah saraf (neuropathy)
  • Radang selaput otak (meningitis)
  • Masalah tulang belakang
  • Kulit lebam lebam
  • Nodul (bengkak kecil) bawah kulit
  • Sakit jantung tanpa sebab (cardiomyopathy)
  • arrhythmia (degupan jantung tidak menentu)
  • Paras kalsium yang amat tinggi dalam darah
  • Batu karang dalam buah pinggang
  • Paras kalsium dalam air kencing yang amat tinggi
  • Masalah hormon terganggu (pituitary dysfunction)

Gambar menunjukkan lebam lebam pada kulit (erythema nodosum)
Gambar dari: patient.co.uk

Gambar menunjukkan bengkak pada jari, bawah kulit
Gambar dari: images.rheumatology.org

Peringkat peringkat Sarkoidosis:
  • Peringkat 0: Sihat wal afiat
  • Peringkat 1: Terdapat bengkak pada nodus limfa pada hilum paru paru kanan dan kiri
  • Peringkat 2: sama seperti peringkat 1 dengan tambahan terdapatnya tompokan dekat dengan hujung paru paru (lateral infiltration)
  • Peringkat 3:  Hanya terdapatnya tompokan dekat dengan hujung paru paru (lateral infiltration) tanpa bengkakan pada nodus limfa dekat hilum
  • Peringkat 4: Fibrosis paru paru (paru paru mengeras dan terdapat lubang dalam paru paru (bullae)
Rawatan
Rawatan biasanya menggunakan ubat yang dapat mengurangkan efek imuniti kepada badan. Antara ubat yang amat selalu digunakan untuk tujuan ini ialah corticosteroid. Prednisolone adalah ubat yang digunakan dalam kes ini. Dalam kes yang amat teruk, rawatan berikut boleh diberikan:
  • Methyl-prednisolone
  • Ubat pengurang imuniti lain seperti:
    • Methotrexate
    • hydroxychloroquine
    • ciclosporin
    • cyclophosphamide
60% pesakit sarkoidosis yang mendapatkan rawatan pulih semula selepas 2 tahun.


1 comment :

  1. memang kita sebaiknya harus lebih mewaspadai faktor2 yang dapat mengakibatkan terjadinya penyakit paru2. Lalu apakah pantangan makanan agar tidak menimbulkan terjadinya penyakit paru-paru



    Herbal Obat

    ReplyDelete