Cara Berhenti Merokok

Katakan Tak Nak pada Rokok Pembunuh!

Merokok merupakan faktor terbesar yang menyebabkan kematian akibat daripada sakit jantung dan masalah salur darah. Setiap individu yang merokok mesti cuba untuk berhenti daripada merokok kerana berhenti merokok dapat mengembalikan kesihatan. Sebagaimana yang kita tahu, ramai perokok yang mahu berhenti daripada merokok namun ia tidaklah semudah yang disangka kerana rokok menyebabkan ketagihan. Untuk berhenti daripadanya memerlukan semangat yang kuat.

Perokok yang mahu berhenti merokok harus datang ke klinik kounseling bagi mendapatkan nasihat dan motivasi dari pihak klinik. Untuk berhenti merokok, individu tersebut perlulah memilih hari di mana terdapat paling sedikit stres supaya stres tersebut tidak menyebabkannya mencari semula rokok. Pada waktu mula hendak berhenti merokok, individu tersebut haruslah membuang segala rokok, bekas rokok dan paip rokok supaya ia tidak mengingatkannya semula kepada rokok dan sekurang kurangnya menyukarkannya untuk merokok. Perokok yang mahu berhenti dari merokok harus memberitahu kawan kawan dan saudara mara mereka bahawa mereka sudah tidak mahu merokok lagi supaya setiap kali ia mahu merokok kembali, niat itu boleh terhalang kerana malu kepada rakan rakan dan saudara mara. Individu yang mahu berhenti dari merokok juga harus pandai menolak ajakan rakannya untuk merokok walaupun hanya sebatang rokok.

Ubat bantuan berhenti merokok

  • Gula getah nikotin: Ia dikunyah dalam selang waktu yang ditentukan. Biasanya individu yang mendapatkan rawatan ini diberikan 10 keping gula getah untuk dikunya dalam sehari. Selain gula getah, pelekat nikotin (nicotine patch) juga boleh digunakan unuk menggantikan gula getah dan ia lebih mudah kerana ia hanya perlu dilekatkan di kulit dan tidak perlu dikunyah.
  • Varenicline: Ini merupakan ubat yang menghasilkan nikotin separa agonis (nicotine receptor partial agonist). Tugasnya ialah untuk memastikan bahawa rokok yang dihisap tidak menyebabkan 'high' dan ketagihan dan pada waktu yang sama juga mengelakkan daripada rasa ketagihan asap rokok. Ia adalah baik untuk digunakan seminggu sebelum seseorang berhenti merokok. Sumber dari Wikipedia menyatakan: "As a partial agonist it both reduces cravings for and decreases the pleasurable effects of cigarettes and other tobacco products. Through these mechanisms it can assist some patients to quit smoking.".
  • Amfebutamone (Bupropion). Ubat ini adalah hampir serupa dengan dadah amfetamin. Ia bertindak meningkatkan rasa tenang dan oleh sebab itu, ia juga digunakan dalam merawat masalah kemurungan (depression). Ubat ini amat berkesan untuk menyelesaikan masalah ketagihan rokok dan jika dipakai bersama sama pelekat, maka keberkesanannya meningkat hingga ke 35.5%.
        
Gambar menunjukkan kawasan dalam otak yang menyebabkan seseorang merasa ketagihan.
Gambar oleh: treatobacco.net

Gambar menunjukkan pelekat nikotin pada kulit lengan
Gambar oleh: Wikipedia.




12 comments :

  1. terimakasih info mengenai berhenti merokok sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Alhamdulillah saya sudah dapat berhenti merokok hampir satu tahun dah, bermulah dari 04/03/12 saya tak akan berpaling... bagaimana saya berhenti adalah dengan keazaman yang kuat serta memakan(nyonyot) nacotine(sejenis pil) selama dua bulan lebih..
    Untuk makluman saya adalah perokok keras kayu(hardcore) 2 setengah kotak winston light setiap hari, mula ketagihan rokok sejak berusia lepas MCE hingga tahun 2012 ketika berumur 48 tahun.
    Saya ceritakan jua selain dari keazaman saya juga telah diberi pandangan oleh rakan yang tiga bulan dahulu dari saya telah berhenti merokok, tapi saya pada 15.10.2012 beliau menghisap semula(beliau juga adalah keras kayu sebelum itu ..3 kotak rokok sehari) kenapa nanti saya ceritakan.
    Rata-rata penulis blog yang menggalakkan orang berhenti merokok adalah bukan dari perokok saya rasa. Ketagihan rokok sama juga seperti penagih dadah apabila proses pemulihan dari ketagihannya itu..
    Mungkin saya terlepas pandang ,kerana tidak pernah terjumpa atau ada pihak-pihak yang memberitahu apakah kesan dari proses berhenti merokok.
    Saya sendiri dalam masa tiga bulan mengalami perut kembung, telor bengkak serta kekurangan nafsu kepada isteri malah kelebihan nafsu kepada makanan, sekarang berat saya meningkat ke 82kg dari 71kg bayangkan..sebab itulah rakan saya yang saya sebutkan tadi menghisap semula..insyaallah bukan cakap besar..mungkin tidak pada saya walaupun berat saya bertambah. Cuma saya ingin mencari blog yang memaparkan keadaan negatif semasa proses berhenti merokok dan apa penyelesain terhadap masalah negatif ini..
    Terima kasih tuan kerana blog ini..

    Salaam.

    ReplyDelete
  3. merokok memang membuang masa, membakar wang ringgit, lagipun tak ada faedah untuk merokok. Selain daripada menggunakan perubatan moden untuk berhenti merokok, masih ada terdapat cara yang lain lagi, tetapi dengan cara yang selamat iaitu dengan menggunakan bahan semula jadi atau produk alam semulajadi yang menghilangkan ketagihan pada nikotin.

    Roslan Asron
    http://rahsiasehat17.com/

    ReplyDelete
  4. memang betul ape yang en roslan asron katakan dan semestinya saudara tak pernah menghisap rokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah hisap rokok bermula drpd umur 13 hingga 20 tahun... tetapi skrg dah berhenti dah.. memang susah sgt nk berhenti merokok..

      Delete
  5. Masyaallah memang betul merokok sangat membahayakan kesihatan. dan masih ramai yang tak sedar akan kesan. tak tau la sedar tp buat2 tak sedar ke.

    http://bestbeautymom.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. wah serem juga ya akan dampaknya dari rokok ini ,, tapi kalau yang sudah kecanduan memang sangat susah bangett untuk bisa berhenti merokok walaupun sudah disarankan masih aja tetap merokok.

    Obat Penyakit Sakit Pinggang

    ReplyDelete
  7. Saya bekas perokok tegar.. betul saudara lehgreen ckp.bukan senang utk berhenti. Saya dah 2 tahun berhenti.berhenti sendiri..withdrawal simpton itu mmg akan dihadapi oleh perokok tegar.lebih2 lagi bila usia semakin lanjut.kembung pert..migrain.sakit otot. Lesu ..pelupa ..sembelit gastrik, mcm2 lagi.lain org lain kesan nya. Org yg tak pernah merokok ataupun just merokok sikit2.mungkin kurang merasai kesan nya. Badan tidak selesa kerana sebelum ini badan dah terbiasa dengan rokok dan ianya ibarat injector..beri sokongan kepada berhenti merokok.. dan berkongsi pengalaman...apa pun berhenti merokok..mmg kita perlukan bertahun2 untuk menyesuaikan diri tanpa rokok..kuat kan diri dan sabar..tahniah kawan2.

    ReplyDelete
  8. tahniah kepada sesiapa yang berjaya berhenti merokok!

    http://gengsihat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. MEROKOK ADALAH SALAH SATU KEBODOHAN ! KENAPA ??
    ANDA DISURUH MENCICIL UNTUK MEMBELI SEBUAH KAPLING KUBUR UKURAN 1X2 YANG PALING MEWAH DIDUNIA. BAYANGKAN CICILAN 10 RIBU PERHARI DAN KALAU SUDAH MENDEKATI LUNAS ANDA MENDAPATKAN BONUS BERBAGAI MACAM PENYAKIT TERMASUK KANKER, DISAMPING BONUS HARIAN NAFAS SESAK, BAU MULUT, GIGI COKELAT.
    JIKA ANDA SETUJU MENJADI TUMBAL MAKA PENGUSAHA ROKOK AKAN SEMAKIN KAYA RAYA

    ReplyDelete
  10. Klik sini-->http://www.youtube.com/watch?v=63y35enT9XI

    hanya sesudu kecil dalam masa sehari dah tak boleh habiskan sebatang rokok! bestkan? ia juga boleh menyembuhkan organ dalam anda yang telah rosak akibat dari kesan nikotin..

    nak order? call : Pn. Suria 012 676 6834

    ReplyDelete
  11. Sy baru je 3 bln berenti merokk. Berat badan dah naik dlm 3 kg. Mulut asyik nak mengunyah jer. Mmg simptom biasa org brenti merokok ke?
    Tp bdn rasa lbh sihat skrg.
    Sy amalkan mkn ni http://www.tsunamitsamarat.com/

    ReplyDelete