Manifestasi Masalah/Penyakit Buah Pinggang

Gambar dari: medicinenet.com

Penyakit buah pinggang biasanya dimanifestasikan oleh sindrom sindrom klinikal seperti yang berikut:

1. Protein dalam air kencing (proteinuria)
Pada kebiasaannnya, ginjal akan menyingkirkan tidak lebih daripada 150mg protein sehari. Jumlah yang amat kecil ini adalah kerana terdapat 'basement membrane' iaitu sejenis lapisan yang terletak antara salur darah dan organ kecil yang terdapat dalam buah pinggang (podocytes). Membran ini mempunyai cas negatif dan memastikan protein tidak dapat lalu menembusi salur darah dan merentasi podocytes. Oleh sebab itu, protein dalam darah (terutamanya albumin) dapat dielak dari keluar dari badan melalui air kencing. Proteinuria yang melebihi 3gram sehari menunjukkan berlakunya masalah glomerular.

2. Darah dalam air kencing (hematuria)
Darah dalam air kencing boleh terhasil akibat kecederaan yang berlaku pada mana mana bahagian dalam buah pinggang dan salur kencing. Masalah darah dalam air kencing amat perlu dipandang serius kerana ia boleh jadi satu satunya tanda kewujudan kanser dalam salur kencing (terutamanya dalam orang tua melebihi 40 tahun dan perokok). Namun pada kebiasaannya, darah dalam air kencing adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau batu karang.

Darah dalam air kencing (hematuria)
Gambar dari Wikipedia

3. Sakit sewaktu kencing (dysuria) dan sakit pada buah pinggang
Sakit pada buah pinggang biasanya dirasakan pada setiap masa tanpa intensiti pada waktu tertentu dan ia biasanya dirasakan pada bahagian belakang badan dan di bawah tulang rusuk yang terakhir (loin region/lumbar). Ia boleh jadi berpunca daripada sumbatan pada salur kencing (boleh dikenalpasti dengan merasa bengkak pada buah pinggang dan sakit), jangkitan pada pelvis buah ginjal (pyelonephritis), nephritic syndrom akut, buah pinggang polycystic (polycystic kidney disease), atau infark buah pinggang.

Polycystic Kidney Disease
Gambar dari Wikipedia

Sakit kolik bermaksud sakit yang berpunca akibat terdapat sumbatan pada salur kencing yang bersifat tajam dan amat menyakitkan yang mana sakit itu merebak daripada kawasan belakang badan (dekat buah pinggang) ke kawasan pinggul (pelvis) dan peha. Ia juga biasanya disertai dengan muntah muntah dan demam. Ia diakibatkan oleh batu pada salur kencing atau bahagian kecil buah pinggang yang terputus akibat ischemia (renal papilla).

Sakit sewaktu hendak kencing yang diiringi dengan kekerapan buang air pula adalah antara tanda tanda seseorang itu menghidapi masalah jangkitan salur kencing (UTI)

4. Kurang kencing atau Terlebih kencing
Kurang kencing (oliguria) didefinisikan sebagai pengeluaran air kencing kurang daripada 500ml sehari atau 0.5ml/kg/jam. Antara sebab mengapa ia berlaku ialah kekurangan bekalan darah ke buah pinggang (pre-renal), kerosakan ginjal (renal) atau sumbatan salur kencing (post-renal).

Terlebih kencing (polyuria) pula adalah disebabkan oleh masalah seperti Diabetes Mellitus, Diabetes insipidus, hypercalcemia (terlebih kalsium dalam darah), kehilangan fungsi buah pinggang dalam menyerap kembali garam dalam tubul ginjal dan SVT (supraventricular tachycardia) yang berpunca daripada penghasilan ANP (atrial natriuretic peptide)

5. Kegagalan buah pinggang akut.
Ini merupakan masalah yang dimanifestasi oleh peningkatan kreatinin yang ketara dalam darah dan diikuti dengan kurang kencing (oliguria). Oliguria bermaksud kencing kurang daripada 500ml sehari. Biasanya, masalah kegagalan ginjal akut adalah berpunca daripada masalah lain yang juga berlaku secara akut (serta merta) seperti hypovolumia (kurang darah), rendah tekanan darah dan jangkitan (sepsis) dan juga sumbatan salur darah. Kegagalan akut yang berlaku secara primari adalah jarang.

6. Kegagalan buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease / Chronic Renal Failure)
Ia didefinisikan sebagai penyakit yang berlaku dalam tempoh masa yang panjang. Penyakit ini diklasifikasikan kepada beberapa peringkat berdasarkan Glomerular Filtration Rate (GFR). GFR adalah kadar penapisan keluar cecair daripada darah ke dalam buah pinggang dalam masa seminit. Biasanya tanda tanda mula kelihatan apabila GFR pesakit mula turun bawah paras 60ml/minit (peringkat 3a dan keatas)

7. Penyakit yang diam tanpa sebarang tanda..
Kegagalan buah pinggang yang serius boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Ini adalah sebab mengapa ujian U&E (Urine and electrolytes) dijalankan sebelum pembedahan. Oleh sebab penyakit buah pinggang boleh berlaku dalam diam diam, doktor seharusnya berhati hati walaupun pesakit datang hanya mengadu penat penat badan. Pesakit ini harus dijalankan ujian darah. Masalah microalbuminuria boleh berlaku secara diam dan menyebabkan risiko penyakit jantung dan buah pinggang meningkat dengan amat ketara. menurut kajian, 30% pesakit dengan diabetes 2 menemui ajal selepas 5 tahun menghadapi microalbuminuria (akibat sakit jantung dan kegagalan buah pinggang). Masalah ini dapat dielakkan dengan memberi pesakit ubat ACEi atau ubat kumpulan -sartan.

Sumber rujukan: OHCM


2 comments :

  1. terjumpa info ni, juga pasal buah pinggang… sharing is caring :) - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

    ReplyDelete
  2. jadi kandungn protein yang tinggi dlm air kencing boleh membawa mksud keggaln kedua-dua buah pinggang berfungsi ke??
    apakah rawatn yg sesuai unuk pesakit yang menghdp penyakt ni??

    ReplyDelete