Kesan Kebakaran/Terbakar/Melecur Yang Teruk

Rumah disambar api merupakan suatu situasi yang amat merbahaya dan mengancam nyawa. Individu yang tidak dapat melarikan diri daripada rumah yang sedang disambar api berkemungkinan untuk mengalami kebakaran badan yang serius. Keseriusan kebakaran badan adalah bergantung kepada darjah kebakaran kulit dan peratusan permukaan kulit yang terbakar. Sekiranya seorang dewasa mengalami kulit terbakar seluas 25% (atau 20% dalam kanak kanak) daripada jumlah permukaan kulit, maka tindakan segera perlu dilakukan untuk meresusitasi (memberikan rawatan segera yang menyelamatkan) pesakit. Sekiranya kebakaran kulit berlaku hanya 10% daripada luas permukaan kulit dalam orang dewasa dan 5% dalam kanak kanak, maka, pesakit masih perlu dirujuk kepada doktor untuk memastikan keselamatan pesakit.

Darjah kulit terbakar
Gambar dari Wikipedia

Saiz kawasan kulit terbakar amat penting untuk menentukan kesan radang (vasodilatation, vascular permeability). Kedalaman kulit terbakar pula penting untuk menentukan samada kulit terbakar tersebut cepat atau lambat sembuh. Walaupun kedalaman kesan terbakar pada kulit adalah sukar untuk ditentukan, namun secara kasarnya, kita dapat membahagikan dan membezakan kedalaman kesan terbakar kepada dua iaitu kesan terbakar penuh dan kesan terbakar separa. Kesan terbakar penuh biasanya tidak sakit dan berwarna kelabu putih (menampakkan lemak di bawah lapisan kulit), manakala kesan terbakar separa biasanya amat sakit, berwarna merah dan mengelembung (blister).

Sekiranya seorang dewasa itu mengalami kesan terbakar kulit melebihi 25% daripada luas permukaan kulit, maka individu tersebut perlu di'resusitasi'. Untuk meresusitasi, kita perlu mengikuti turutan ABC yang berikut:

  • Airway (saluran pernafasan): Untuk orang yang mengalami kulit terbakar, kita perlu mengambil berat dengan kemungkinan untuk salur pernafasan mereka tersumbat akibat menyedut udara panas. Laryngoskop dan bronchoscope yang fleksibel amat penting untuk memeriksa keadaan/status saluran pernafasan pesakit.
  • Breathing (pernafasan): Individu yang mengalami kulit terbakar perlu diperiksa samada mereka ada mengalami masalah dengan dada seperti tension pneumothorax. Sekiranya kulit yang terbakar itu menjadi keras dan menyusahkan pernafasan, maka doktor akan memotong kulit  untuk memudahkan pernafasan. Sekiranya pesakit didapati mengalami keracunan CO (karbon monoxide), berikan pesakit 100% Oxygen. Keracunan dengan CO dapat dikenalpasti dengan tanda kulit menjadi merah seperti ceri dan peningkatan COHb (carboxyhemoglobin). Dengan menggunakan 100% oxygen, maka, halflife CO dalam darah dapat dipercepatkan daripada 250 minit ke 40 minit. Sekiranya yang mengalami keracunan CO itu adalah perempuan mengandung atau individu mempunyai tanda tanda CNS atau individu mempunyai paras CO melebihi 20%, maka dapatkan rawatan hyperbaric 100% oxygen di dalam chamber/bilik tekanan tinggi.
  • Circulation (peredaran darah): Untuk individu kanak kanak yang mengalami kulit terbakar >10% dan individu dewasa yang mengalami kulit terbakar >15%, masukkan cecair fisiologi (air saline) ke dalam darah melalui vena. (IV). Untuk kanak kanak yang salur darah mereka amat sukar untuk dicari, maka boleh memasukkan air tersebut melalui tulang (Intra Osseous - IO). Berikut merupakan cara untuk mengira jumlah air untuk diberikan kepada individu yang mengalami kesan kulit terbakar tersebut:
    • Berat badan x % kawasan terbakar x 4 -->Parkland formula, untuk cecair Hartmann
    • Berat badan x % kawasan terbakar x 1/2 --> Muir formula, untuk cecair koloid Haemaccel.
      • Untuk pesakit yang terbakar akibat renjatan elektrik, maka, cecair yang diberikan perlu dilebihkan sebanyak 50%
      • Suhu perlu diperiksa sentiasa dan kateter pada pundi kencing perlu dipasang. Hati hati, jangan terlebih berikan cecair pada pesakit kerana boleh menyebabkan penyekatan aliran darah akibat bengkak yang melampau (compartment syndrome).
Gambar hitam-putih menunjukkan pneumothorax (udara terperangkap dalam pleura paru paru)
Gambar dari: emedicinehealth.com


Rawatan
Rawatan haruslah menggunakan konsep 'Suhu panas, kulit sejuk' yang membawa maksud bilik yang menempatkan pesakit haruslah mempunyai suhu yang panas iaitu 35 darjah selsius. Dewan pembedahan yang menempatkan pesakit juga perlulah sepanas ini. Ini menyebabkan pakar bedah dan pembantu mereka berpeluh peluh sewaktu menjalankan pembedahan kecemasan. Tuangkan air sejuk pada bahagian yang terbakar untuk mengelakkan lebih banyak lagi kesan terbakar dan mengurangkan metabolisma sekitar kawasan terbakar. Sekiranya terdapat kesan terbakar yang bersifat menyelaputi seluruh kawasan radius badan, maka kita harus berhati hati dengan kemungkinan pesakit mendapat 'compartment syndrome' yang diburukkan lagi dengan memasukkan cecair fisiology ke dalam darah. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pesakit perlu dikelar dengan pisau (escharotomy) agar kulit yang terbakar tersebut tidak mengetat dan mencerut bahagian perut dan dada menyebabkan sesak nafas dan kurangnya aliran darah ke organ badan.

Gambar menunjukkan pesakit perlu dikelar dengan pisau (escharotomy) agar kulit yang terbakar tersebut tidak mengetat
Gambar dari: lifeinthefastlane.com

Gunakan morphine untuk melegakan kesakitan akibat terbakar. Pastikan pesakit mendapat imuniti terhadap tetanus kerana badan yang terbakar dan dikelar tersebut mudah dimasuki kuman tetanus. Antibiotik perlu diberikan sekiranya perlu.

Menutup kawasan kulit yang terbakar
Untuk menutup kawasan kulit yang terbakar adalah amat perlu untuk mengelakkan terus menerus keluarnya cecair dan electrolyte dari badan. antara bahan yang digunakan untuk menutup kawasan yang terbakar tersebut ialah kulit kambing dan kulit hasil derma daripada mayat (cadaver). Bahan sintetik juga boleh didapati seperti Mepitel, Duoderm. Ubat yang baik untuk disapu pada bahagian terbakar ialah Silver sulfadiazineatau Silver sulfadiazine dengan cerium nitrate. Kawasan terbakar (terbakar penuh) perlu disiat dan dibuang untuk memastikan ia tidak menjadi punca radang SIRS dan tempat pembiakan kuman. Kawasan kulit yang terbakar juga amat baik untuk dibuang dan digantikan dengan kulit graf dari badan sendiri. Graf yang diambil dari badan sendiri didapat daripada lapisan epidermis di atas lapisan membran lamina. Ini dapat memasitikan kawasan kulit yang diambil dapat tumbuh semula setelah kulit di bahagian tersebut dipotong dan dipindahkan..

Kawasan sihat yang mana graft kulit diambil daripadanya yang kemudiannya digunakan untuk menampal bahagian lain yang terbakar. Kawasan ini akan pulih setelah beberapa minggu..
Gambar dari: Wikipedia



No comments :

Post a Comment