Leukemia (Kanser Sel Darah Putih) jenis Chronic Lymphocytic

Tisu nodus Limfa (Lymph node) yang dipenuhi dengan sel kanser Lymphoma (CLL)
gambar dari: Wikipedia

Pengumpulan sel imuniti jenis B-lymphocyte yang bertanggungjawab dalam menyebabkan penyakit lukaemia ini adalah disebabkan kerosakan pada sistem apoptosis yang mengawal hidup mati sel tersebut. Sel B-lymphocyte terlepas daripada kawalan apoptosis. Apoptosis adalah merupakan satu proses dalam badan yang membolehkan sel 'tua' untuk mati dan seterusnya, mengawal atur jumlah sel dalam badan.

Leukemia jenis Chronic Lymphocytic (CLL) adalah merupakan leukemia yang paling kerap berlaku (25% daripada kes leukemia) dengan nisbah lelaki lebih daripada perempuan sebanyak 2:1. Pneumonia (radang paru paru merupakan pencetus utama leukemia ini berlaku)

Simptom Simptom
Biasanya tiada tanda tanda untuk individu yang menghadapi CLL, namun dilaporkan juga simptom berikut terlibat dengan CLL:

  1. Anemia
  2. Berpeluh
  3. Tidak selera makan
Tanda tanda:
  1. Terdapat nodus limfa dekat leher yang membesar dan tidak sakit
  2. Hati menjadi besar
  3. Limpa (spleen) menjadi besar - splenomegaly
Ujian yang patut dijalankan:
  1. Ujian Lymphocytes untuk melihat bilangan Lymphocytes dalam darah
  2. Ujian untuk memastikan sumsumtulang bebas dari sel kanser (marrow infiltration)
  3. Ujian untuk melihat paras Sel darah merah, sel darah putih dan platelet (sel beku darah)
Kesan CLL:
  1. Kemusnahan sel darah merah hasil autoimune (antibody badan membunuh sel darah merah sendiri)
  2. Jangkitan oleh pelbagai jenis kuman, terutamanya Herpes Simplex.
  3. Kegagalan sumsum tulang.
Kematian dalam individu yang menghidap penyakit ini adalah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman (radang paru paru) termasuk:
  1. Pneumococcus
  2. haemophilus influenzae
  3. meningococcus
  4. Candida
  5. aspergillosis
  6. Boleh berubah kepada Lymphoma yang agresis (Richter syndrome)
Rawatan:
  1. Individu dirawat dengan Fludarabine+Cyclophosphamide
  2. Alemtuzumab
  3. Steroid (untuk mengurangkan efek autoimun dalam pemusnahan sel darah merah)
  4. Radioterapi untuk memusnahkan kanser pada limpa (spleen) dan nodus limfa (lymph nodes)
Peluang sembuh (undang undang 1/3):
  • 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang tidak berkembang, dan lebih mudah sembuh
  • 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang berkembang
  • 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang sangat cepat berkembang (rapidly progressive)
Sumber:
OHCM


3 comments :

  1. terjumpa info ni, juga pasal leukimia… sharing is caring :) - Sel Darah Putih Punca Leukimia

    ReplyDelete
  2. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas info dr..Harap dr tambah lagi maklumat tentang Lukimia ni..Kanser darah ni terlalu kurang infonya..Kementerian lebih highlight Kanser payu dara..Kanser lain diabaikan..

    ReplyDelete