Kecenderungan Untuk Darah Beku (Thrombophilia)

Thrombophilia bermaksud:

  • Thrombus = gumpalan darah
  • philia = kecenderungan

Kecenderungan untuk darah membeku (thrombophilia) adalah masalah besar yang boleh diwarisi mahupun diperoleh dari faktor persekitaran. Ia boleh mengakibatkan masalah salur vena tersumbat (DVT), atau berlakunya sumbatan embolisma (thrombembolism). Individu yang mengandung, menjalani pembedahan, dan yang kurang bergerak amat perlu menitikberatkan kemungkinan menghidapi sumbatan salur darah sekiranya didapati mengalami masalah thrombophilia ini, dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengelakkan komplikasi yang mungkin berlaku. Individy gempal/gemuk, yang mengalami kemalangan, dan yang menghidapi kanser juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi dari thrombophilia.

Gambar menunjukkan sumbatan pada salur darah vena.
Gambar dari: sag-corp.net

Kecenderungan Untuk Darah Beku (Thrombophilia) yang berpunca dari faktor warisan:

  • Factor V Leiden Mutation: Ia berlaku dalam 5% populasi. Ia merupakan mutasi yang berlaku pada 'single point' yang menyebabkan Protein C tidak dapat menjalankan aktivitinya, menyebabkan faktor no 5 tidak dapat di 'musnah' kan. Risiko untuk masalah salur darah tersumbat (DVT) berlaku 5 kali lebih banyak dalam orang yang menghadapi Factor V Leiden Mutation
  • Kekurangan Protein C dan Protein S: Ia menyebabkan perkara yang hampir sama dengan perkara di atas. Tambahan lagi, ia boleh menyebabkan necrosis (kulit menjadi mati dan reput) seperti mana yang dapat dilihat dalam penggunaan Warfarin (ubat elak darah beku) yang akut tanpa didahului oleh Heparin.
  • Mutasi Prothrombin.
  • Kekurangan Anti-thrombin: Penyakit ini terdapat pada 1 daripada 500 individu. Kemungkinan untuk trombosis berlaku adalah 4 kali ganda daripada yang berlaku dalam individu yang menghidapi masalah kekurangan Protein C dan Protein S.
Kecenderungan Untuk Darah Beku (Thrombophilia) yang berpunca dari faktor persekitaran:
  • Penggunaan Pil Pencegah Kehamilan
  • Sindrom Anti-Phospholipid: Penghasilan Antibodi terhadap phospholipid (dalam individu yang menghidapi SLE) yang menyebabkan trombosis pada salur darah dan vena, kekurangan trombocyte dan keguguran kandungan dalam ibu mengandung.


1 comment :

  1. Bru2 ni sy berbekam kt muka.tggal kesan bulatan warna merah gelap pd dahi.dh 2hri xnmpk ada prubahan.itu dikira lebam atau darah beku?

    ReplyDelete