Kaitan Antara Kesuburan Dan Penyakit Thyroid


*Artikel berdasarkan soalan pengunjung

Ultrasound bayi di bahagian kepala

Gambar dari Wikipedia


Penyakit thyroid yang tidak dirawat dan dikenalpasti boleh menyebabkan ketidaksuburan. Sekiranya anda masih lagi belum menjalani ujian thyroid untuk mengesahkan samada anda ada mempunyai masalah thyroid mahupun tidak, anda perlu melakukan ujian tersebut untuk kepastian dan keselamatan kandungan yang bakal anda peroleh.
1. Pertama sekali, pastikan anda sudah menjalankan ujian TSH (Thyroid Stimulating Hormone) dan ujian hormon thyroid yang lain termasuk Thyroxine (Free T4)
Anda mungkin telah menjalankan ujian TSH dan doktor mungkin mengatakan bahawa paras TSH dan hormon thyroid dalam badan anda adalah "normal". Tetapi, anda tidak patut berpuas hati dengan perkataan "normal" itu. Pastikan anda tanya kepada doktor paras sebenar hormon TSH dalam darah anda. Di Amerika Syarikat, paras normal hormon TSH adalah dari 0.5 hingga 5.5 (dengan paras hormon TSH melebihi 5.5 dikatakan sebagai hypothyroid). Biasanya paras hormon TSH adalah bertentangan dengan paras hormon Thyroid, kerana itulah Hypothyroid dikenalpasti sekiranya paras TSH MELEBIHI 5.5. Hyperthyroid pula dikenalpasti sekiranya paras TSH kurang daripada 0.5. Walaubagaimanapun, perbincangan sedang berlaku untuk mengubah range TSH dari 0.5-5.5 kepada 0.3-3.0.
Endokrinologis saya percaya bahawa paras TSH normal pada wanita adalah antara 1 hingga 2 dan individu yang mempunyai paras TSH yang lebih daripada 2 sukar untuk mengekalkan kandungan mereka dan berkemungkinan untuk mengalami keguguran. (Nota: Saya tidak dapat mengandung sewaktu TSH saya pada paras 4 iaitu angka yang dikatakan "normal" bagi kebanyakan orang tetapi setelah TSH saya berkurang ke paras 1.2, saya berjaya untuk mendapatkan anak sendiri pada December 1997)
Jadi, anda perlu untuk mendapatkan kepastian tentang paras TSH anda dan sekiranya jawapannya ialah anda mempunyai paras TSH yang normal tetapi agak tinggi, dan doktor anda tidak mahu melakukan apa apa dengan penemuan tersebut, saya cadangkan agar anda cari endokronologis lain yang terkenal dengan kebolehan mereka meningkatkan hormon thyroid dan mengurangkan paras TSH.
2. Sekiranya anda sudah menjalani ujian TSH, anda perlu memohon untuk menjalani ujian Antibodi terhadap throid (Anti Thyroid Antibody)
Adalah amat penting untuk menguji sekiranya anda mempunyai masalah dengan auto-imun antibodi sekiranya anda mengalami masalah ketidaksuburan atau mengalami masalah gugur kandungan beberapa kali dan sekiranya anda sudah pun mengetahui bahawa anda mempunyai paras hormon TSH yang tinggi (dan paras thyroid yang rendah) dalam darah.
Terdapat bukti kukuh yang mengatakan bahawa paras antibodi (autoantibody) yang tinggi turut mengganggu kesuburan dan kelangsungan dalam kehamilan. Terdapat segolongan pakar perubatan yang percaya bahawa kehadiran autoantibodi dalam darah perlu disertai dengan rawatan hormon thyroid terutamanya bagi wanita yang cuba untuk mengandung.
3. Akhir sekali, berusahalah untuk mendapatkan rawatan yang boleh menyelesaikan masalah antibodi terhadap thyroid.
Sebuah laporan dalam The American Journal of Reproductive Immunology telah menemukan kaitan antara ketidaksuburan wanita dengan masalah  imunologi. Menurut pengkaji Geoffrey Sher, M.D., terdapat kenaikan yang amat ketara dalam kelahiran bayi baru bagi wanita yang dilaporkan mempunyai antibodi terhadap thyroid (ATA) dan antibodi terhadap phospholipid (APA) tetapi pada masa yang sama mendapatkan rawatan heparin dan imunoglobulin G (IVIG), berbanding dengan individu yang tidak mendapatkan rawatan heparin dan imunoglobulin G. 
Dalam satu lagi kajian yang berkaitan, Dr Sher dan dan pembantunya telah menemui bahawa kegagalan IVF juga berlaku dalam wanita yang menghasilkan antibodi (ATA) terhadap kelenjar thyroid mereka tanpa mengira samada wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda atau simptom simptom kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) ataupun tidak. Banyak wanita mempunyai antibodi terhadap thyroid, terutamanya bagi individu yang ahli keluarganya ada menghadapi penyakit thyroid.
"Kehadiran antibodi terhadap thyroid berkait rapat dengan kurangnya kesuburan dalam wanita," kata Dr Sher. "Ini termasuk ketidaksuburan, keguguran kandungan, bayi pramatang, kerencatan bayi sewaktu dalam kandungan dan lain lain komplikasi sewaktu mengandung termasuk kematian bayi dalam kandungan." Semua komplikasi komplikasi ini menurutnya lagi selalunya berlaku tanpa sebarang manifestasi bahawa ibu tersebut mengalami masalah kekurangan hormon thyroid (tanda tanda kekurangan hormon thyroid tidak kelihatan secara klinikal).
Sumber: Diterjemahkan dari:


No comments :

Post a Comment