Endometriosis

*Artikel berdasarkan soalan pengunjung

Gambar dari endoskopi menunjukkan endometriosis
Gambar dari Wikipedia

Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal wujud di bahagian luar rahim. Dinding rahim yang biasa memang masih ada dalam rahim, tetapi endometriosis adalah masalah dimana terdapat dinding rahim tambahan. Ia boleh berlaku pada kawasan pelvis terutamanya pada ovari dan juga dijumpai pada otot rahim, pada rektum, kawasan antara rektum dan vagina, kawasan antara vagina dan salur kencing, otot abdomen, usus. Ini menyebabkan kesakitan sekitar waktu period. Sakit tersebut biasanya berlaku di kawasan belakang badan sebelah bawah, pelvis dan kaki, seperti mencucuk cucuk. Perempuan yang mengalaminya biasanya tidak dapat menahan sakit dan mereka makan ubat panadol untuk melegakan sakit tersebut.

Tempat berlakunya endometriosis (dot merah)
Gambar dari wikipedia

Masalahnya jika dibiarkan endometriosis boleh menyebabkan:
  1. organ pada pelvis bercantum antara satu sama lain, menyebabkan lebih lagi kesakitan
  2. decidualization di mana dinding rahim tambahan tersebut berubah struktur
  3. pendarahan dalaman sekiranya bebola endometriosis tersebut pecah (chocolate cyst)
  4. kesakitan sekitar waktu period (dysmenorrhea)
  5. sakit sewaktu buang air kecil, dan terutamanya sewaktu menahan air kencing
  6. rasa kencing tak puas, dan kerap kencing
  7. masalah sembelit
  8. masalah dengan kesuburan (infertility)
Biasanya tiada rawatan spesifik, tapi jika individu dikhuatiri tidak dapat mengandung akibat daripada endometriosis, maka doktor (pakar bedah) akan melakukan pembedahan untuk membuang endometriosis tersebut agar tidak mengganggu sistem peranakan. Kesakitan pula dirawat dengan ubat morphine (opioid) ataupun panadol secara kronik (berpanjangan). Ubat hormon untuk mengelakkan kesakitan akibat period ialah Progesteron. Progesteron mengurangkan efek estrogen. Estrogen adalah hormon semulajadi dalam badan yang bertindak untuk meningkatkan ketebalan dinding rahim. dengan menggunakan progesteron, kita dapat mengelakkan penebalan dinding rahim. Ubat lain termasuk Oral Contraceptive Pills yang mengandungi estrogen dan progestron dalam kuantiti yang agak tinggi.


Masalah Peptic Ulcer ("Gastrik") Dan Kaedah Rawatannya


*Artikel berdasarkan soalan pengunjung

Peptic ulcer ("gastrik") yang berlaku pada perut menghasilkan lubang yang dikelilingi corak yang menyerupai bentuk bintang
Gambar dari Wikipedia

Peptic ulcer "gastrik" adalah masalah yang terjadi akibat lapisan pada perut terhakis. Ia biasanya berlaku pada bahagian perut dan bahagian usus kecil sebelah atas (duodenum). Tanda yang paling kerap dirasai oleh individu yang menghadapi masalah ini ialah sakit pada bahagian abdomen (perut) atas pusat.
Peptic ulcer yang berlaku pada bahagian perut (stomach) dipanggil gastric ulcer (inilah sebabnya mengapa ramai rakyat Malaysia memanggil peptic ulcer hanya dengan perkataan "gastrik" meskipun ianya tak semestinya berlaku hanya di perut). Peptic ulcer yang berlaku di dalam salur makanan yang menghubungkan perut dan mulut (esophagus) dipanggil esophageal ulcer. Peptic ulcer yang berlaku pada bahagian awal usus kecil dipanggil duodenal ulcer.
Menurut Myoclinic, makanan pedas dan pekerjaan yang mendatangkan stres TIDAK menyebabkan peptic ulcer, namun banyak sumber mengatakan bahawa, makanan pedas dan pekerjaan yang mendatangkan stres sememangnya menyebabkan peptic ulcer. Menurut Myoclinic lagi, biasanya yang menyebabkan peptic ulcer ialah ubat ubatan dan jangkitan (terutamnya H. pylori)
---
Simptom simptom
Sakit adalah simptom yang paling kerap. Sakitnya bagai terbakar. Sakit ini adalah disebabkan oleh ulcer tersebut dan dilipatgandakan lagi kesakitan tersebut dengan asid dari perut yang menyentuh permukaan ulcer. Sakit tersebut boleh:
  • Boleh dirasai di mana sahaja dari kawasan pusat hingga ke tulang dada (berbeza daripada sakit pedih ulu hati yang melibatkan kawasan betul betul di bawah tulang dada - xyphoid process)
  • menjadi lebih teruk sewaktu perut kosong (berlapar)
  • menigkat kesakitan pada waktu malam
  • Biasanya dapat dikurangkan untuk jangka waktu pendek dengan makan makanan tertentu atau dengan mengambil ubat anti-asid
  • Sakit datang dan pergi dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu.
Tanda lain: Tanda berikut adalah agak jarang namun berkemungkinan berlaku.
  • Muntah darah - darah berwarna hitam atau merah
  • Darah hitam seperti tar dapat dilihat dalam najis / najis menjadi hitam
  • Muntah dan loya
  • Berat badan berkurang tanpa banyak sebab
  • Selera berubah (bertambah atau berkurang)
Bila patut anda berjumpa doktor? Jumpalah dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai tanda tanda seperti yang telah disebutkan. Ubat di farmasi seperti antacid (untuk kurangkan asid) dan perencat asid (acid blocker) boleh mengurangkan kesakitan yang anda alami, tetapi kesannya tidak lama. Sekiranya sakit anda masih tidak reda dengan ubat ubatan tersebut, sila jumpa doktor di klinik/hospital.
--------------------------------
Peptic ulcer berlaku apabila asid pada salur pencernaan makanan 'memakan' dinding salur makanan sendiri dan ia berlaku samada pada perut, esophagus mahupun pada permulaan usus kecil. Asid tersebut boleh menyebabkan kesakitan akibat luka pada dinding salur makanan tersebut dan boleh menyebabkan pendarahan.
Salur makanan anda basanya dilindungi oleh selapisan mukus yang melindunginya daripada asid. Namun, sekiranya jumlah asid yang dihasilkan perut sangatlah meningkat dan jumlah mukus pelindung mengurang, masalah ulcer boleh berlaku. Punca punca termasuklah:
  • Kuman. PUnca yang amat kerap menyebabkan ulcer ialah kuman bernama Helicobater pylori (H. pylori). Kuman ini hidup dan membiak dalam lapisan mukus yang bertugas melindungi bahagian perut dan usus kecil. Biasanya H. pylori tidak mendatangkan sebarang tanda tanda masalah. Namun kadangkala, ia boleh merosakkan lapisan mukus pada dinding salur makanan dan menyebabkan ulcer. Tidak berapa jelas bagaimana H pylori tersebar dari satu individu ke individu yang lain. Ada pendapat yang mengatakan bahawa ia berlaku akibat aktiviti yang memerlukan sentuhan mulut ke mulut seperti bercium. Manusia juga turut mendapat jangkitan daripada makanan dan minuman.
  • Kerap menggunakan ubat tahan sakit (pain relievers). Ubat tertentu di fasmasi boleh menyebabkan radang pada perut dan usus kecil. Ubat ini termasuk aspirin, ibuprofen, naproxen, ketoprofen dan lain lain. Peptic ulcer adalah lebih biasa berlaku pada orang dewasa yang mengambil ubat ubatan ini dengan lebih kerap seperti dalam hal orang yang menghidap penyakit arthritis. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa pada perut, pastikan anda mengambil ubat tahan sakit tersebut (sekiranya anda perlu makan ubat tersebut) dengan makanan pada waktu yang sama. Ubat Panadol adalah alternatif yang baik bagi ubat yang telah disebutkan tadi kerana ia tidak menyebabkan ulcer (tetapi perlu dapat kebenaran doktor sebelum mengubah ubat yang anda makan, kerana panadol tidak mempunyai efek anti-inflammatory)
  • Ubat lain. Ubat  ubatan lain yang juga boleh menyebabkan peptic ulcer termasuk ubat yang digunakan untuk masalah osteoporosis yang dipanggil bisphosphonate (Actonel, Fosamax, dll.).
--------------------------------------------------

Faktor risiko (risk factor)

Anda boleh meningkatkan kemungkinan peptic ulcer sekiranya anda:
  • Merokok. Merokok meningkatkan risiko peptic ulcer dalam individu yang dijangkiti H pylori.
  • Minum alkohol. Alkohol boleh mencederakan mukus yang meliputi perut dan meningkatkan asid yang dirembes di perut.
  • Stres yang tidak terkawal. Walaupun stres telah dikatakan tidak menyebabkan peptic ulcer secara langsung, namun ia adalah faktor yang menyumbang kepadanya. Anda mungkin stres untuk berbagai bagai sebab - emosi terganggu, pembedahan, trauma fizkal, atau kemalangan seperti badan terbakar/renjatan elektrik, dan lain lain.
---------------------------------------------------

Komplikasi

Sekiranya tidak dirawat, peptic ulcer boleh menyebabkan:
  • Pendarahan dalaman. Pendarahan boleh berlaku dengan perlahan lahan menyebabkan kekurangan darah berlaku (anemia) mahupun pendarahan serta merta yang menyebabkan banyak darah hilang yang memerlukan anda dimasukkan ke dalam hospital atau menjalani transfusi darah (blood trasfusion)
  • Jangkitan. Peptic ulcer boleh 'memakan' dinding perut dan menyebabkan lubang, meletakkan anda betul betul dalam risiko yang amat besar untuk jangkitan abdomen (peritonitis) yang amat menyakitkan dan mengancam nyawa,
  • Parut dalam perut. Peptic ulcer boleh membentuk parut dalam perut (dipanggil constriction) yang seterusnya menyebabkan masalah aliran makanan dari mulut ke usus. Ini boleh dilihat dengan tanda tanda loya, perut rasa kenyang selalu, muntah dan turun berat badan.


-------------------------------------------------------------------------------
Ujian dan diagnosis
Dalam usaha mengenalpasti masalah peptic ulcer, anda harus menjalani ujian seperti:
  • Ujian untuk mengesan H pylori. Doktor akan menyarankan anda untuk menjalani ujian ini untuk menilai samada anda ada ataupun tidak kuman ini dalam perut. Terdapat dua jenis ujian. yang pertama sampel perut akan diambil melalui biopsi dan diuji kehadiran H pylori di dalamnya. Ujian yang kerap dilakukan ialah anda disuruh untuk minum urea yang dilabelkan dengan radioaktif karbon dan sekiranya urea tersebut bertukar menjadi karbon dioksida dalam kuantiti yang banyak, ia menunjukkan terdapatnya bakteria H pylori dalam perut anda. Ini berlaku kerana bakteria H pyrlori memetabolismakan urea kepada karbon dioksida.
  • Menggunakan skop (endoscope) untuk memeriksa salur makanan anda. Semasa ujian endoskopi, doktor akan memasukkan sejenis tiub yang dilengkapi dengan lensa kamera (endoscope) ke dalam tekak anda seterusnya turun ke bawah ke bahagian esophagus (salur makanan) ke perut. Ini membolehkan sampel biopsi diambil untuk diperiksa di bawah mikroskop dan lain lain keperluan. Biasanya, orang tua akan disarankan untuk  menjalani ujian ini kerana mereka mempunyai risiko yang lebih besar sekiranya mengalami peptic ulcer.
Gambar seperti yang dilihat melalui endoskop (kamera)
Gambar dari wikipedia

  • X-ray (sinar x). Anda akan disuruh minum cecair putih yang mengandungi Barium yang membolehkan ulcer dalam perut anda dilihat dengan lebih jelas.
-------------------------------------------------------------------------------------

Rawatan
Rawatan termasuk:
  • Antibiotik melawan H pylori (Clarithromycin, Amoxicillin, Metronidazole Tetracycline)
  • Ubat melawan lebihan asid dengan cara merencat penghasilan asid (Omeprazole, lansoprazole etc) Kesan jangka masa panjang ialah: mudah mengalami kecederaan tulang. Suplemen kalsium dapat menyelesaikan masalah ini.
  • Menggunakan histamine blocker (Nizatidine, Cimetidine, famotidine, ranitidine)
  • Antasid yang meneutralkan asid pada perut. Kesan sampingan termasuk cirit birit dan sembelit (bergantung pada ramuan ubat tersebut)
  • Ubat pelindung sel pada perut (cytoprotective drugs) termasuk sucralfate, bismuth subsalicylate, misoprostol.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Gaya hidup dan rawatan di rumah

Anda boleh melegakan kesakitan anda sekiranya anda:
  • Memilih diet yang sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah buahan dan sayur sayuran dan karbohidrat yang mempunyai kandungan serat yang banyak. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan vitamin untuk memastikan proses sembuh menjadi cepat.
  • Sekiranya anda menggunakan ubat tahan sakit dengan kerap, minta doktor anda untuk menukarkan ubat tersebut kepada Panadol.
  • Kawal stres anda dengan bersukan atau aktiviti menyeronokkan seperti menulis jurnal dan membaca Al Quran.
  • Jangan merokok (berhentilah dari merokok). Merokok meningkatkan asid pada perut dan menggalakkan aktiviti H pylori.
  • Jangan minum kopi dan teh dan coklat berlebihan
  • Jangan minum alkohol kerana ia adalah haram dan ia menipiskan dinding perut.



Kaitan Antara Kesuburan Dan Penyakit Thyroid


*Artikel berdasarkan soalan pengunjung

Ultrasound bayi di bahagian kepala

Gambar dari Wikipedia


Penyakit thyroid yang tidak dirawat dan dikenalpasti boleh menyebabkan ketidaksuburan. Sekiranya anda masih lagi belum menjalani ujian thyroid untuk mengesahkan samada anda ada mempunyai masalah thyroid mahupun tidak, anda perlu melakukan ujian tersebut untuk kepastian dan keselamatan kandungan yang bakal anda peroleh.
1. Pertama sekali, pastikan anda sudah menjalankan ujian TSH (Thyroid Stimulating Hormone) dan ujian hormon thyroid yang lain termasuk Thyroxine (Free T4)
Anda mungkin telah menjalankan ujian TSH dan doktor mungkin mengatakan bahawa paras TSH dan hormon thyroid dalam badan anda adalah "normal". Tetapi, anda tidak patut berpuas hati dengan perkataan "normal" itu. Pastikan anda tanya kepada doktor paras sebenar hormon TSH dalam darah anda. Di Amerika Syarikat, paras normal hormon TSH adalah dari 0.5 hingga 5.5 (dengan paras hormon TSH melebihi 5.5 dikatakan sebagai hypothyroid). Biasanya paras hormon TSH adalah bertentangan dengan paras hormon Thyroid, kerana itulah Hypothyroid dikenalpasti sekiranya paras TSH MELEBIHI 5.5. Hyperthyroid pula dikenalpasti sekiranya paras TSH kurang daripada 0.5. Walaubagaimanapun, perbincangan sedang berlaku untuk mengubah range TSH dari 0.5-5.5 kepada 0.3-3.0.
Endokrinologis saya percaya bahawa paras TSH normal pada wanita adalah antara 1 hingga 2 dan individu yang mempunyai paras TSH yang lebih daripada 2 sukar untuk mengekalkan kandungan mereka dan berkemungkinan untuk mengalami keguguran. (Nota: Saya tidak dapat mengandung sewaktu TSH saya pada paras 4 iaitu angka yang dikatakan "normal" bagi kebanyakan orang tetapi setelah TSH saya berkurang ke paras 1.2, saya berjaya untuk mendapatkan anak sendiri pada December 1997)
Jadi, anda perlu untuk mendapatkan kepastian tentang paras TSH anda dan sekiranya jawapannya ialah anda mempunyai paras TSH yang normal tetapi agak tinggi, dan doktor anda tidak mahu melakukan apa apa dengan penemuan tersebut, saya cadangkan agar anda cari endokronologis lain yang terkenal dengan kebolehan mereka meningkatkan hormon thyroid dan mengurangkan paras TSH.
2. Sekiranya anda sudah menjalani ujian TSH, anda perlu memohon untuk menjalani ujian Antibodi terhadap throid (Anti Thyroid Antibody)
Adalah amat penting untuk menguji sekiranya anda mempunyai masalah dengan auto-imun antibodi sekiranya anda mengalami masalah ketidaksuburan atau mengalami masalah gugur kandungan beberapa kali dan sekiranya anda sudah pun mengetahui bahawa anda mempunyai paras hormon TSH yang tinggi (dan paras thyroid yang rendah) dalam darah.
Terdapat bukti kukuh yang mengatakan bahawa paras antibodi (autoantibody) yang tinggi turut mengganggu kesuburan dan kelangsungan dalam kehamilan. Terdapat segolongan pakar perubatan yang percaya bahawa kehadiran autoantibodi dalam darah perlu disertai dengan rawatan hormon thyroid terutamanya bagi wanita yang cuba untuk mengandung.
3. Akhir sekali, berusahalah untuk mendapatkan rawatan yang boleh menyelesaikan masalah antibodi terhadap thyroid.
Sebuah laporan dalam The American Journal of Reproductive Immunology telah menemukan kaitan antara ketidaksuburan wanita dengan masalah  imunologi. Menurut pengkaji Geoffrey Sher, M.D., terdapat kenaikan yang amat ketara dalam kelahiran bayi baru bagi wanita yang dilaporkan mempunyai antibodi terhadap thyroid (ATA) dan antibodi terhadap phospholipid (APA) tetapi pada masa yang sama mendapatkan rawatan heparin dan imunoglobulin G (IVIG), berbanding dengan individu yang tidak mendapatkan rawatan heparin dan imunoglobulin G. 
Dalam satu lagi kajian yang berkaitan, Dr Sher dan dan pembantunya telah menemui bahawa kegagalan IVF juga berlaku dalam wanita yang menghasilkan antibodi (ATA) terhadap kelenjar thyroid mereka tanpa mengira samada wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda atau simptom simptom kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism) ataupun tidak. Banyak wanita mempunyai antibodi terhadap thyroid, terutamanya bagi individu yang ahli keluarganya ada menghadapi penyakit thyroid.
"Kehadiran antibodi terhadap thyroid berkait rapat dengan kurangnya kesuburan dalam wanita," kata Dr Sher. "Ini termasuk ketidaksuburan, keguguran kandungan, bayi pramatang, kerencatan bayi sewaktu dalam kandungan dan lain lain komplikasi sewaktu mengandung termasuk kematian bayi dalam kandungan." Semua komplikasi komplikasi ini menurutnya lagi selalunya berlaku tanpa sebarang manifestasi bahawa ibu tersebut mengalami masalah kekurangan hormon thyroid (tanda tanda kekurangan hormon thyroid tidak kelihatan secara klinikal).
Sumber: Diterjemahkan dari:


Petua Menghilangkan Jerawat

Dahi berjerawat
Gambar dari: Wikipedia

Kepada sesiapa yang nak tahu bagaimana untuk 'deal' dengan jerawat, ni ada petua:
1. Jangan picit atau penyek jerawat, inflammation akan menjadikan jerawat lagi teruk

2. Basuh muka sebelum dan selepas bersukan untuk elakkan sebum sumbat
3. Basuh muka jangan lebih lebih, takut iritate muka, menyebabkan inflammation
4. Makan dan minum secukupnya dengan nutrien yang seimbang.
5. Pastikan jiwa dan fikiran sentiasa tenang.

Ketahuilah bahawa:
1. Kacang dan coklat TIDAK menyebabkan jerawat.
2. Jerawat adalah disebabkan oleh paras androgen yang tinggi dalam darah yang disebabkan oleh stres, kurang makan dan fikiran serabut.
3. Remaja banyak kena jerawat sebab hormon yang tidak stabil
4. Perempuan PMS (pre-menstrual syndrome) dapat jerawat sebab perubahan hormon dalam darah.
5. Orang yang banyak berangan atau fikiran serabut boleh mengalami perubahan paras hormon dalam darah, seterusnya menyebabkan jerawat. Individu yang tidak mendapat nutrien yang seimbang dan yang terlalu kurang makan ada kecenderungan untuk mendapat jerawat.
6. Jerawat TIDAK disebabkan oleh persekitaran (bilik, rumah) yang kotor.

Rawatan jerawat:
1. Biasa 'over the counter drugs' termasuk Benzyl Peroxide (Oxy)
2. Antibiotic (Macrolides dan Chloramphenicol)
3. Retinoid
4. Isotretinoin (untuk kes teruk)
5. Asid tertentu..
6. Pencuci muka alkohol untuk bersihkan dari sebum untuk elakkan liang muka sumbat

Sekian, terima kasih :D


Masalah Kurang Darah (Anemia) Yang Disebabkan Oleh Kemusnahan Sel Darah Merah


Gambar menunjukkan sel seperti 'digigit' atau ditumbuk, menunjukkan penyakit kekurangan G6PD dalam darah.
Gambar dari: http://www.ezhemeonc.com

Penyakit dapatan (dapatan bermaksud = acquired/diperoleh sewaktu atau selepas kelahiran):
  • Berkaitan dengan antibodi (autoimun)
    • AutoImmune Hemolytic Anemia (AIHA) jenis sejuk. Ianya disebabkan oleh suhu yang terlampau sejuk iaitu kurang daripada 4 darjah selsius. Ia disebabkan oleh pengaktifan sistem komplemen (complement system)
    • AutoImmune Hemolytic Anemia (AIHA) jenis panas. Ianya disebabkan oleh suhu badan melebihi 37 darjah selsius. Ia boleh dirawat dengan menggunakan steroid ataupun immunosuppresant (ubat bagi merendahkan tindakbalas antibodi)
    • Masalah autoimun yang hadir akibat sensitif terhadap ubat (Drug-induced). Ia disebabkan oleh ubat seperti Penicillin. Penicillin akan bergabung dengan membran sel darah merah dan menyebabkan antibodi melawan sel darah merah dihasilkan. Ubat lain termasuk Quinine yang membentuk kompleks 'antibody-sel.darah'
  • Berkaitan dengan masalah salur darah terlalu kecil (mocroangiopathic hemolytic anemia (MAHA). Salur darah yang kecil menyebabkan banyak darah termusnah secara mekanikal.
  • Jangkitan seperti Malaria (Plasmodium masuk ke dalam sel darah merah dan dimanifestasi oleh kemusnahan sel darah merah, dan air kencing hitam akibat banyak hemoglobin - hemoglobinuria)
  • Paroxysmal Nocturnal Hemoglobinuria (Serangan kemusnahan sel darah merah yang maksimum pada waktu malam). [Paroxysmal = serangan yang dasyat dan tiba tiba,, Nocturnal = Waktu malam,, Hemoglobin = Komponen darah,, Uria = Air kencing]. Namanya sahaja sudah memberi petanda bahawa penyakit ini dimanifestasikan oleh air kencing berwarna gelap pada waktu malam tidak lain akibat daripada kemusnahan sel darah merah yang memuncak pada waktu malam. Hal ini demikian kerana pada waktu malam, asiditi menjadi semakin tinggi dan menyebabkan pengaktifan sistem komplemen (complement system) seterusnya menyebabkan banyak sel darah merah  musnah  dalam individu yang menghadapi masalah  ini. Ujian yang amat penting untuk mengesan masalah ini ialah Ham's test.
Penyakit Keturunan
  • Yang disebabkan oleh masalah enzim (dalam dan luar sel darah merah)
    • G6PD. Satu penyakit yang disebabkan oleh kekurangan pelindungan terhadap sel darah merah (Glutathion). Kesannya, sel darah merah amat mudah dimusnahkan. Dalam individu ini, adalah dilarang sama sekali untuk mereka makan broad beans, ubat tertentu, didedahkan kepada ubat gegat dan inai. "~round shaped"
    • Kekurangan Pyruvate Kinase. Kurangnya ATP (sumber tenaga sel) menyebabkan banyak sel darah merah mati.
  • Masalah betuk sel darah merah yang pelik Masalah pada membran
    • Spherocytosis [Sphero = bulat/sfera,, Cyte = sel,, osis = gejala] Gejala Sel Darah Merah Berbentuk Bulat. Biasanya, sel darah merah berbentuk leper, bukannya bulat, tapi dalam penyakit ini, sel darah menjadi bulat seperti bola. Menyebabkannya amat mudah musnah akibat perubahan osmosis dan mekanikal.
    • Elliptocytosis [Ellips = bujur seperti telur,, Cyte = sel,, Osis = gejala] Sel Darah Merah Bujur Seperti Telur. Sama seperti masalah spherocytosis di atas.
  • Masalah hemoglobin seperti Sel Sabit (sickle cell) dan Thalassemia. (Masalah dalaman sel darah merah)


Kecenderungan Untuk Darah Beku (Thrombophilia)

Thrombophilia bermaksud:

  • Thrombus = gumpalan darah
  • philia = kecenderungan

Kecenderungan untuk darah membeku (thrombophilia) adalah masalah besar yang boleh diwarisi mahupun diperoleh dari faktor persekitaran. Ia boleh mengakibatkan masalah salur vena tersumbat (DVT), atau berlakunya sumbatan embolisma (thrombembolism). Individu yang mengandung, menjalani pembedahan, dan yang kurang bergerak amat perlu menitikberatkan kemungkinan menghidapi sumbatan salur darah sekiranya didapati mengalami masalah thrombophilia ini, dan langkah pencegahan harus diambil bagi mengelakkan komplikasi yang mungkin berlaku. Individy gempal/gemuk, yang mengalami kemalangan, dan yang menghidapi kanser juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi dari thrombophilia.

Gambar menunjukkan sumbatan pada salur darah vena.
Gambar dari: sag-corp.net

Kecenderungan Untuk Darah Beku (Thrombophilia) yang berpunca dari faktor warisan:

  • Factor V Leiden Mutation: Ia berlaku dalam 5% populasi. Ia merupakan mutasi yang berlaku pada 'single point' yang menyebabkan Protein C tidak dapat menjalankan aktivitinya, menyebabkan faktor no 5 tidak dapat di 'musnah' kan. Risiko untuk masalah salur darah tersumbat (DVT) berlaku 5 kali lebih banyak dalam orang yang menghadapi Factor V Leiden Mutation
  • Kekurangan Protein C dan Protein S: Ia menyebabkan perkara yang hampir sama dengan perkara di atas. Tambahan lagi, ia boleh menyebabkan necrosis (kulit menjadi mati dan reput) seperti mana yang dapat dilihat dalam penggunaan Warfarin (ubat elak darah beku) yang akut tanpa didahului oleh Heparin.
  • Mutasi Prothrombin.
  • Kekurangan Anti-thrombin: Penyakit ini terdapat pada 1 daripada 500 individu. Kemungkinan untuk trombosis berlaku adalah 4 kali ganda daripada yang berlaku dalam individu yang menghidapi masalah kekurangan Protein C dan Protein S.
Kecenderungan Untuk Darah Beku (Thrombophilia) yang berpunca dari faktor persekitaran:
  • Penggunaan Pil Pencegah Kehamilan
  • Sindrom Anti-Phospholipid: Penghasilan Antibodi terhadap phospholipid (dalam individu yang menghidapi SLE) yang menyebabkan trombosis pada salur darah dan vena, kekurangan trombocyte dan keguguran kandungan dalam ibu mengandung.


Kanser Darah Putih Jenis Non-Hodgkin's Lymphoma

Dekat kawasan leher menunjukkan penbesaran nodus limfa leher.

Sebelum ini, kita telah membincangkan masalah Hodgkin's Lymphoma yang mana merupakan kanser yang dikarakteristik oleh kehadiran sel Reed-Sternberg. Non-Hodgkin Lymphoma pula adalah sebaliknya. Ia merupakan kanser sel darah putih yang tidak mempunyai Sel Reed-Sternberg dan merupakan sebuah kumpulan kanser darah putih yang di dalamnya terdapat banyak lagi pecahan. Selain itu, dalam kanser jenis Hodgkin's, sel darah putih menduduki kawasan nodus limfa sahaja, manakala dalam kanser jenis non-Hodgkin's, sel kanser bukan sahaja menduduki kawasan nodus limfa, tetapi juga menduduki kawasan lain seperti:
  1. Otak (Central nervous system)
  2. Oropharynx (tekak) dan saluran pencernaan (Internal organ)
  3. Paru paru (Respiratory)
  4. Tulang (Musculoskeletal)
  5. Kulit (Protective system: Skin)
Sebab berlakunya masalah Kanser sel darah putih jenis Non-Hodgkin's ialah kurangnya imuniti dalam badan (samada congenital iaitu bermula sejak lahir lagi, maupun acquired iaitu diperoleh selepas kelahiran), HIV, jangkitan (HTLV-1, H.Pylori)

Tanda tanda individu yang mengalami penyakit Kanser Sel Darah Putih Jenis non-Hodgkin adalah sedikit sebanyak sama seperti Hodgkin's Lymphoma walaupun intesiti-nya adalah jauh lebih sedikit. Antaranya ialah:
  1. Demam, panas badan
  2. Berpeluh berlebihan
  3. turun berat badan
  4. Kurang sel darah yang dihasilkan sumsum tulang (pancytopenia)
Ujian menggunakan ujian yang sama seperti Ann-Arbor system. Dalam orang yang menghidapi kanser jenis non-Hodgkin ini, paras Lactic Dehydrogenase (LDH) meningkat atas sebab meningkatnya proses pembinaan dan pemusnahan sel darah putih (cell turnover). Ini berlaku sekiranya penyakit ini berada pada tahap kritikal (paras LDH juga meningkat dalam peringkat kritikal Hodgkin's Lymphoma).

Secara umumnya, kita dapat membahagikan penyakit kanser darah putih jenis non-Hodgkin's ini kepada dua iaitu gred rendah dan gred tinggi.

Lymphoma Gred Rendah termasuk:
  • Follicular Lymphoma
  • MALT lymphoma
  • Lymphocytic leukemia (CLL)
  • Lymphoplasmatoid leukemia
Lymphoma Gred Tinggi termasuk:
  • Burkitt's Lymohoma "Cerv~"
  • Lymphoblastic Leukemia (ALL) "import~"
  • Large B-cell Lymphoma "Rektor"
Mantle Cell Lymphoma (sejenis Kanser darah putih) dilihat dengan mikroskop
Gambar dari: Wikipedia

Rawatan:
Untuk gred rendah, rawatan adalah seperti berikut "~Discarded staffs phenomena":
  • Chlorambucil
  • Interferon-alpha
  • Rituximab
  • Bendamustine
Untuk gred tinggi, rawatan adalah seperti berikut (CHOP):
  • Cyclophosphamide
  • Hydroxy-daunorubicin
  • Onvocin (vincristine)
  • Prednisolone
Anggaran jangkahayat:
Biasanya, pesakit yang berjaya meneruskan kehidupan melebihi 5 tahun adalah sebanyak 30%.

Sumber:
OHCM


Sakit Tekak

*Artikel berdasarkan soalan pengunjung

Radang pada tekak (pharingitis) menunjukkan kemerahan
Gambar dari: Wikipedia

Masalah sakit tekak biasanya disebabkan oleh radang pada tekak (atau dipanggil juga pharyngitis). Ia berlaku dalam banyak penyakit dan menyebabkan rasa sakit pada kawasan tekak pada skala sederhana hingga skala melampau.

Difinisi sakit tekak ialah "sakit di  mana mana bahagian pada oropharynx iaitu kawasan tekak dan belakang tekak)

Biasanya, masalah sakit tekak ini disebabkan oleh radang, dan radang di kawasan tekak pula kebanyakannya adalah berpunca daripada jangkitan virus (80%). Antara penyebab lain adalah jangkitan bakteria yang mana kebanyakannya adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pyogenus. (group A beta hemolytic Streptococcus). Dalam kanak kanak, radang tekak adalah 37% disebabkan oleh bakteria ini.

Rawatan
Ubat tahan sakit seperti NSAID dan Panadol amat membantu dalam melegakan kesakitan. Steroid juga adalah baik dalam menahan kesakitan, namun ia berkemungkinan merendahkan imuniti terutamanya pada perempuan mengandung yang sedia lemah imuniti mereka. Menurut Mayo Clinic, berkumur tekak dengan menggunakan air garam dan kurangkan bercakap dapat melegakan kesakitan dan meredakan punca penyebab kesakitan yang dirasai.

Punca kesakitan pula perlu dirawat segera dalam individu yang mempunyai sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria seperti jangkitan Streptococcus Pyogenus dengan menggunakan antibiotik. Antibiotik akan diberikan dan sekiranya pesakit mempunyai alergi dengan antibiotik tersebut, maka mereka boleh menggunakan erythromycin (macrolide).


Leukemia (Kanser Sel Darah Putih) jenis Chronic Lymphocytic

Tisu nodus Limfa (Lymph node) yang dipenuhi dengan sel kanser Lymphoma (CLL)
gambar dari: Wikipedia

Pengumpulan sel imuniti jenis B-lymphocyte yang bertanggungjawab dalam menyebabkan penyakit lukaemia ini adalah disebabkan kerosakan pada sistem apoptosis yang mengawal hidup mati sel tersebut. Sel B-lymphocyte terlepas daripada kawalan apoptosis. Apoptosis adalah merupakan satu proses dalam badan yang membolehkan sel 'tua' untuk mati dan seterusnya, mengawal atur jumlah sel dalam badan.

Leukemia jenis Chronic Lymphocytic (CLL) adalah merupakan leukemia yang paling kerap berlaku (25% daripada kes leukemia) dengan nisbah lelaki lebih daripada perempuan sebanyak 2:1. Pneumonia (radang paru paru merupakan pencetus utama leukemia ini berlaku)

Simptom Simptom
Biasanya tiada tanda tanda untuk individu yang menghadapi CLL, namun dilaporkan juga simptom berikut terlibat dengan CLL:

  1. Anemia
  2. Berpeluh
  3. Tidak selera makan
Tanda tanda:
  1. Terdapat nodus limfa dekat leher yang membesar dan tidak sakit
  2. Hati menjadi besar
  3. Limpa (spleen) menjadi besar - splenomegaly
Ujian yang patut dijalankan:
  1. Ujian Lymphocytes untuk melihat bilangan Lymphocytes dalam darah
  2. Ujian untuk memastikan sumsumtulang bebas dari sel kanser (marrow infiltration)
  3. Ujian untuk melihat paras Sel darah merah, sel darah putih dan platelet (sel beku darah)
Kesan CLL:
  1. Kemusnahan sel darah merah hasil autoimune (antibody badan membunuh sel darah merah sendiri)
  2. Jangkitan oleh pelbagai jenis kuman, terutamanya Herpes Simplex.
  3. Kegagalan sumsum tulang.
Kematian dalam individu yang menghidap penyakit ini adalah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman (radang paru paru) termasuk:
  1. Pneumococcus
  2. haemophilus influenzae
  3. meningococcus
  4. Candida
  5. aspergillosis
  6. Boleh berubah kepada Lymphoma yang agresis (Richter syndrome)
Rawatan:
  1. Individu dirawat dengan Fludarabine+Cyclophosphamide
  2. Alemtuzumab
  3. Steroid (untuk mengurangkan efek autoimun dalam pemusnahan sel darah merah)
  4. Radioterapi untuk memusnahkan kanser pada limpa (spleen) dan nodus limfa (lymph nodes)
Peluang sembuh (undang undang 1/3):
  • 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang tidak berkembang, dan lebih mudah sembuh
  • 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang berkembang
  • 1/3 daripada pesakit mengalami penyakit yang sangat cepat berkembang (rapidly progressive)
Sumber:
OHCM


Leukemia (Kanser Sel Darah Putih) jenis Chronic Myeloid

Gambar pembentangan penyakit CML di Kucing, Sarawak

Chronic Myeloid Leukemia bermaksud:


Kronik = Penyakit yang berlangsung dalam tempoh yang amat panjang
Myeloid = Penyakit itu berpunca daripada sel yang terdapat pada sumsum tulang
Leukemia = Leukos (putih) mia (darah) = sel darah putih

Ia merupakan penyakit kanser sel darah putih yang berasal daripada sumsum tulang yang berlaku dalam tempoh yang amat panjang. Disebabkan proses pembentukan kanser ini berlaku dalam masa yang amat panjang, ia tidaklah sebahaya leukemia akut yang mana berlaku dalam masa yang amat cepat dan merupakan kes kecemasan dalam perubatan.

Chronic Myeloid Leukemia (CML) ialah kanser sel darah putih yang berpunnca daripada pembiakan sel darah putih yang tidak terkawal dalam sumsum tulang. Sel granulocyte adalah antara yang utama terlibat dalam kes CML ini. Kanser ini berlaku biasanya dalam orang yang berumur daripada 40 hingga 60 tahun dan bilangan pesakit lelaki adalah lebih banyak daripada pesakit wanita. Ia amat jarang sekali berlaku pada budak budak.


Dalam masalah ini, biasanya pesakit selalu dikaitkan dengan mutasi pada Chromosom Philadelphia (ia berlaku lebih daripada 80% pesakit) dimana kromosom ini menunjukkan pertukaran antara kromosom 9 dan 22.

Kromosom Philadelphia dengan FISH (Fluoroscence In-Situ Hybridization)
Gambar dari Wikipedia

Simtom simtom:

  1. Demam, panas badan
  2. Berpeluh melampau
  3. Menghidap gout (akibat pengumpulan uric acid)
  4. Limpa (spleen) menjadi besar
  5. Pendarahan berlaku
Tanda tanda:
  1. Limpa menjadi besar (splenomegaly)
  2. Hepatomegaly
  3. Anemia
  4. Bruising
Biasanya individu yang menghidap penyakit ini dapat terus hidup selama 5 hingga  tahun. Terdapat 3 peringkat penting bagi penyakit ini:
  1. Proses kelangsungan simtom yang berlangsung secara kronik (selama beberapa bulan atau tahun)
  2. proses pemecutan simtom yang berlangsung dengan cepat dan menampakkan tanda tanda yang semakin banyak seperti saiz limpa (spleen) yang semakin membesar.
  3. Transformasi 'Blast' (blast transformation) yang menunjukkan tanda tanda leukemia akut dan diakhiri dengan kematian.
Rawatan:
Kemoterapi
  1. Imatinib
  2. cytarabine 
  3. alpha-interferon
  4. Dasatinib (jika berlaku perubahan ke peringkat Transformasi Blast dan jika tidak dapat bertahan dengan ubat imatinib)
Perlu diingatkan, sekiranya leukemia sudah memasuki peringkat terakhir iaitu Transformasi Blast, maka keupayaan kemoterapi adalah amat terhad dan dicadangkan individu ini menjalani transplan sumsum tulang untuk menghapuskan sel darah putih sedia ada dan memasukkan dengan sel darah putih yang baru..

Rujukan: OHCM




Kanser Darah Putih Jenis Hodgkin's Lymphoma

Lymphoma adalah merupakan sejenis kanser yang berpunca hasil pembiakan sel darah putih kelas lymphocyte. Sel sel ini berkumpul di dalam nodus limfa dan menyebabkan apa yang dipanggil lymph adenopathy. Sel sel ini boleh juga berkumpul di organ organ lain. Lymphoma dikelaskan kepada dua bahagian besar iaitu Lymphoma jenis Hodgkin's dan Lymphoma jenis bukan Hodgkin (Non-Hodgkin Lymphoma). Untuk Lymphoma jenis Hodgkin, ia dinamakan sedemikian rupa kerana sel Reed-Sternberg boleh dijumpai dalam darah penghidap kanser darah tersebut.

Atas: Saluran Nodus Limfa dan salur limfa dalam badan
Gambar dari wikipedia.org

Jadi, kali ini kita akan bercerita tentang Lymphoma jenis Hodgkin.

Hodgkin Lymphoma menunjukkan 2 peringkat kejadian, iaitu ia sering berlaku pada orang muda dan orang tua. Lelaki lebih banyak menghidapi masalah ini berbanding perempuan dengan nisbah 2:1. Kebarangkalian untuk seseorang mendapat penyakit ini meningkat sekiranya mereka mempunyai adik beradik yang menghidapi masalah ini.

Simtom simtom:

  • Menunjukkan nodus limfa pada leher yang bengkak, namun bengkak tersebut tidak sakit sekiranya ditekan. Juga terdapat pada bawah lengan.
  • Panas badan
  • Rasa penat badan
  • Turun berat badan
  • Berpeluh berlebihan pada waktu malam
  • Gatal gatal
  • Demam yang berulang (demam yang diselangi dengan suhu normal selama 20 hari (Demam Pel Ebstein)
Peringkat kanser Hodgkin Lymphoma:
Secara amnya, peringkat kanser ini dapat dibahagikan kepada peringkat A dan B. Peringkat A adalah peringkat dimana individu itu tidak menunjukkan sebarang tanda kecuali gatal gatal. Peringkat B pula adalah peringkat dimana tanda tanda termasuk: Demam panas (suhu melebihi 38 darjah selsius), berpeluh berlebihan, hilang berat badan.

Tahap keseriusan penyakit ini bergantung kepada sejauh mana kanser darah ini merebak. Ia diringkaskan seperti berikut:
  1. Kanser menduduki hanya satu kawasan nodus limfa.
  2. Kanser yang melibatkan lebih daripada satu nodus limfa
  3. Kanser yang merebak ke kawasan kiri dan kanan diaphragm (pemisah antara perut dan dada)
  4. Merebak ke kawasan organ lain seperti hati dan sumsum tulang.
Rawatan:
Rawatan adalah menggunakan 4 jenis ubat utama:
  1. Adriamycin
  2. Bleomycin
  3. Vinblastin
  4. Dacarbazine
Rawatan lain juga termasuk surgery (terutamanya sekiranya penyakit tersebut menghidapi 

Kesan sampingan rawatan:
  • Chemotherapy: rambut gugur (Alopecia),, boleh tumbuh kembali selepas botak.
  • Radiotherapy: menyebabkan kemungkinan terbentuknya tumor baru dalam otak (tumor)

Anggaran jangka hayat pesakit Hodgkin's Lymphoma:
  • 90% daripada penghidap Hodgkin's jenis A,,, berjaya hidup
  • 40% daripada penghidap Hodgkin's jenis B,,, berjaya hidup
Keadaan kecemasan berlaku apabila pesakit mempunyai nodus limfa yang besar akibat kanser di bahagian dada. Ia boleh menyebabkan Vena Cava Superior untuk tersekat, dan menyebabkan rasa 'penuh' di kepala, pitam, edema di muka, sukar untuk bernafas.



Kementerian Kesihatan arah Sos Tiram 1M'sia ditarik balik


Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
“Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.
“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.
Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.
credit: CG Forum
Komen kesihatanonline.com: Hati hati dengan macam macam produk sekarang ni, nampak macam bagus tapi boleh jadi merbahaya, terutamanya kosmetik2..