Penyakit Radang Usus Besar (Ulcerative Colitis)


Penyakit radang usus besar (Ulcerative colitis) merupakan penyakit yang berpunca daripada antibodi yang dihasilkan oleh badan melawan antigen badan kita sendiri (atau dikenali sebagai auto-immune disease). Penyakit ini dikelaskan di bawah kelas IBD (inflammatory bowel diseases). Penyakit ini menghasilkan radang (inflammation) di kawasan rectum (proctitis- 50%), dan juga kawasan usus besar kiri (left sided colitis - 30%). Sebanyak 20% penyakit ini yang menyerang keseluruhan kawasan usus besar (pan-colitis). Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak pernah menyerang kawasan usus kecil sekalipun di kawasan ileocecal (kawasan penghubung usus besar dan usus kecil).

Patologi


  1. Radang menyerang di kawasan mukosa (bahagian dalam dinding usus) dan ini membezakannya daripada penyakit radang usus lain iaitu penyakit Crohn's.
  2. Penyakit ini selalu dikaitkan dengan pseudo-polyps (sesuatu yang kelihatan seperti kutil di dalam usus)
  3. terdapat ulcer yang masuk dalamnya mencecah lamina propria. Ia tidak melibatkan seluruh dinding usus besar.
  4. Jumlah penghidapnya: 200/100 000 orang
  5. Umur dari 15-35 tahun (orang muda)
Simptom:
  1. Cirit birit (darah dan lendir mukus)
  2. Krem di perut
  3. kekerapan buang air besar meningkat
  4. Kesan radang: tidak selera makan, demam, penat, menyusut berat badan
Tanda tanda:
  1. Boleh jadi tiada tanda tanda pada pesakit
  2. Tetapi dalam pesakit akut, pesakit boleh menunjukkan tanda komplikasi demam iaitu tachycardia (laju degupan jantung) dan abdomen yang teramat sakit.
Tanda-tanda luar usus:
  1. Clubbing
  2. mata ikan di bibir (aphthous ulcer)
  3. erythema nodosum (tompok merah di kulit)
  4. pyoderma gangrenosum (kulit mati bernanah)
  5. Conjunctivitis (mata merah)
  6. Episcleritis (putih mata menjadi merah)
  7. radang iris (iritis)
  8. radang sendi (di kawasan sendi yang besar)
  9. ankylosing spondylitis (tulang belakang sakit akibat bercantum antara satu sama lain)
  10. PSC (primary sclerosing cholangiitis) ->>>
  11. cholangiocarcinoma

Ujian Ulcerative Colitis
  1. FBC, ESR, CRP, UnE, LFT
  2. AXR - pastikan tiada bayang2 najis, tiada penebalan mukosa, tiada pengembangan kolon (colonic dilatation)
  3. Erect CXR - pastikan tiada perforation
  4. Sigmoidoskopi - kelihatan radang dan mudah reput
  5. Biopsy - Goblet cell berkurangan, terdapat inflammatory cells (leukocytes), terdapat nanah pada biopsy
  6. Enema Barium - Jangan sesekali buat enema Barium pada pesakit yang mengalami Ulcerative colitis!!!
Komplikasi Ulcerative Colitis
  1. Perforasi (usus bocor) dan pendarahan
  2. Pengembangan usus (toxic dilatation of colon)
  3. Trombosis vena (venous thrombosis)
  4. Colonic cancer (15% dalam penghidap pan-colitis selama 20 tahun)
Rawatan:
  1. Prednisolone - steroid
  2. Mesalazine, sulfalazine, olsalazine - Anti-inflammatory drug untuk Crohn's dan Ulcerative colitis
  3. Sekiranya rawatan berjaya, maka secara perlahan lahan kurangkan steroid.
  4. Sekiranya masih tidak sembuh dan melarat, maka gunakan Hydrocortisone.
  5. Sekiranya masih tidak menyusut, rawatan terakhir: pembedahan, Ciclosporin, infliximab



1 comment :

  1. Umur saya 38 thn. Seorang guru. Saya selalu sakit
    perut sejak 5 thn yang lalu.Saya selalu sakit pinggang dan perut...selalu keluar lendir bersama darah bila buang air besar.saya selalu penat dan tidak dpt buat kerja berat. Dulu saya mengalami sembelit...sekarang sembelit masih ada lagi tapi penyakit lain pulak timbul. Berapa kali dah masuk hospital. Dulu doktor kata saya kena ulcer dalam usus...terbaru pula dia kata kena radang usus besar. Mcmn tu doktor...

    ReplyDelete