Penyakit Radang Usus Besar (Crohn's Disease)

Gambar di atas menunjukkan tanda tanda yang dihadapi oleh penghidap Crohn's disease (sama seperti Ulcerative Colitis)

Crohn's disease merupakan sejenis penyakit yang diakibatkan daripada masalah auto imun di mana imuniti badan menyerang badan sendiri. Penyakit Crohn's merupakan sejenis penyakit granuloma pada usus badan. Ia boleh merosakkan kawasan dari mulut hingga ke hujung usus besar - rectum. Dalam 50% kes, Crohn's disease menyerang kawasan ileocecal iaitu kawasan pemisah antara usus besar dan usus kecil. Penyakit ini menyerang 100 individu dalam 100 000 orang. Merokok meningkatkan kemungkinan kes ini sebanyak 3-4 kali ganda. NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs) seperti aspirin dapat merumitkan masalah penghidap Crohn's disease akibat tindak balas aspirin merencat penghasilan Prostaglandin yang amat diperlukan dalam pertahanan mukosa (dinding usus dll)

Simptom

  1. Cirit birit
  2. sakit di kawasan abdomen (perut)
  3. berat badan menyusut
  4. demam
  5. tidak selera makan
  6. sentiasa penat penat badan
Tanda tanda:
  1. Mata mata ikan (aphthous ulcer)
  2. perut menjadi keras akibat menahan sakit
  3. terdapat jisim pada iliac fossa (dekat tulang pinggul)
  4. nanah di dalam rektum dan usus besar serta fistula
Tanda tanda luar usus:
  1. Demam
  2. Jantung berdegup laju
  3. Clubbing pada kuku
  4. pyoderma gangrenosum (kulit mati bernanah)
  5. erythema nodosum (tompok merah)
  6. arthritis
  7. ankylosing spondylitis
  8. episcleritis (sklera pada mata - putih mata - menjadi kemerahan akibat radang
  9. conjunctivitis (mata merah)
  10. Iritis (iris mata mengalami radang)
  11. PSC (Primary Sclerosing Cholangiitis)
  12. Cholangiocarcinoma (kanser di hati)
  13. kurang zat - malnutrition

Penanda kemikal:
  1. Disebabkan penyakit ini melibatkan mukosa usus besar, kapilari limfa yang terdapat di tempat tersebut juga terdedah kepada liang usus, menyebabkan banyak protein keluar daripadanya. Antara protein yang banyak masuk ke liang usus termasuk albumin yang amat penting kepada tekanan darah.
  2. Hemoglobin menurun
  3. Albumin menurun
  4. C-reactive protein meningkat
  5. Sel darah putih meningkat

Gambar dari: colonista.com


    Uji kaji makmal lain lain:
    1. Mikroskopik, pastikan tiada jangkitan Clostridium d., E. Cloli, Shigella, Salmonella, Campylobacter.
    2. Lakukan sigmoidoskop dan biopsi rektum.
    3. MRI boleh menunjukkan gabungan dua permukaan (fistula) antara kolon dengan kulit dan lain lain organ akibat kemungkinan untuk usus bocor disebabkan penyakit tersebut.
    Rawatan untuk penyakit Crohn's yang tidak kritikal (mild)
    1. Prednisolone (steroid), sekiranya berjaya mengurangkan inflamasi, maka cuba kurangkan ubat perlahan lahan.
    Rawatan penyakit kritikal (severe)
    1. Hydro-cortisone - steroid yang mengurangkan gerakbalas imuniti yang melawan badan sendiri
    2. Metronidazole - antibiotik anaerobic (kesan sampingan - gangguan saraf kekal)
    3. Sentiasa periksa suhu, denyutan, kekerapan buang air besar, karakter najis.
    4. Pastikan doktor lakukan setiap hari: Pemeriksaan fizikal (PE), ujian FBC, ESR, CRP, UnE
    5. Fikirkan jika pemindahan darah perlu atau tidak kerana biasanya penghidap Crohn's kekurangan darah akibat pendarahan dan malnutrisi.
    6. Jika rawatan berkesan selepas 5 hari, maka tukar dari Hydro-cortisone ke Prednosone (ubat yang kurang kuat)
    7. Jika masih tidak menyusut, pesakit dihantar ke Jabatan Pembedahan.
    Dalam 50% pesakit Crohn's menghidap penyakit sekitar anus (lubang dubur).  Rawatan adalah sama = Infliximab (anti-TNF-alpha), Adalimumab (Anti-TNF-alpha), pembedahan setempat.


    3 comments :

    1. Mari baca testimoni pesakit Crohns Disease yang semakin sihat dan disahkan hamil selepas 5 tahun menanti
      http://www.freevitamin.my/2013/11/testimoni-vivix-pesakit-crohns-disease.html

      ReplyDelete
    2. Tk atas info. Skrg sy mengalami ulcerative colitis kali ke 2. kali pertama 13 th yg lalu. Telah menjalani colonuscopy pd 26/3/2014 yg lalu. Amat mengganggu tugasan harian. Cirit beret nanah & darah tak kira waktu( dah hampir sebulan). Ganggu kecergasan fizikal, kurang kecekapan minda, suhu badan turun naik, kurang selera makan, kadang2 pandangan kabur & gelap. Prestasi 'service' menurun. Diharap org2 sekeliling terutamanya majikan, rakan2 setugas & keluarga memahami situasi pengidap. Sy pengamal tegar steroid (ubat asma). Allahhuakbar. Dia tak beri kpd org yg tak sanggup menanggungnya.

      ReplyDelete
    3. Saya jg mengidap penyakit ini..alhamdulillah setelah 2 kali pembedahan membuang usus yg bengkak, kesihatan sy terkawal pd waktu ini...memohon perkongsian pengalaman pesakit yg sama seperti sy...sy dari pasir gudang johor..masih membuat lawatan susulan ke hospital setiap bulan utk mengawal penyakit

      ReplyDelete