Kembung Perut


*Artikel ini diperoleh dari http://www.infosihat.gov.my dipaparkan untuk rujukan semula Kesihatanonline.com dan perkongsian ramai

Gambar dari: steadyhealth.com

Pengenalan
Kembung perut adalah reaksi angin dalam perut. Ia terjadi apabila badan bertindak
mengeluarkan angin berlebihan yang terhasil daripada minuman dan menelan makanan
bersama air liur. Kembung perut adakala boleh memalukan. Tetapi ia masalah biasa yang
boleh terjadi kepada semua peringkat umur. Secara purata kebanyakan manusia melepaskan
gas 15 kali hingga 40 kali setiap hari.

Diagnosis
Angin adalah kesan lebihan gas di dalam usus dan ia bukanlah penyebab utama yang perlu
diambil kira. Walau bagaimanapun sekiranya angin ini diikuti dengan gejala lain, anda
mungkin perlu bertemu dengan anggota kesihatan, kemungkinan gejala tersebut adalah kesan
daripada situasi yang tidak didiagnosa. Walaupun kebanyakan kes kembung tidak merbahaya,
ia boleh merupakan gejala ketidakhadaman makanan seperti gastroenteritis(cirit birit) atau
irritable bowel syndrome(IBS)(cirit birit yang berterusan).
Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti sakit perut, najis berdarah, najis berwarna pucat
dari kebiasaan dan susah untuk membuang air, sembelit dan/atau kehilangan berat badan, sila
berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian dignosa yang lebih lanjut.
Dari segi perubatan keadaan yang menyebabkan kembung perut adalah:
irritable bowel syndrome (IBS), " gastroenteritis,
diverticulosis atau diverticulitis, "
penyakit seliak (coeliac disease) "
ketidakhadaman

Tanda dan Gejala
Kembung perut yang berlebihan boleh diikuti oleh gejala lain yang disebabkan gas isi perut.
Sendawa – Gas dilepaskan melalui mulut dengan tindakan refleks secara tiba tiba. Keadaan
ini berlaku apabila perut dipenuhi dengan angin berlebihan yang biasanya daripada
pemakanan, minuman atau merokok.
Kembung – perut anda terasa sangat penuh membuatkan anda terasa untuk sendawa. Ini
biasanya berlaku apabila memakan makanan berat yang memerlukan masa yang panjang
untuk proses pencernaan
Perut meragam – berlaku apabila perut bertindak balas dengan cepat , menyebabkan isi
perut bergerak ke depan dan belakang. Boleh berlaku apabila anda lapar dan juga boleh
terjadi apabila anda murung dan juga berdebar debar.

Komplikasi
1. Malu untuk bersosial
2. Terlalu merendah diri

Rawatan
Kembung perut biasanya dirawat dengan rawatan pemakanan. Pengubahsuaian cara hidup
dan juga ubatan tanpa preskripsi doktor juga adakala boleh membantu. Penyelesaian tidak
sama untuk setiap orang, namun dengan cubaan demi cubaan kebanyakan pesakit akan
menemui cara penyembuhan yang sesuai.
Ubat tanpa preskripsi doktor( boleh dibeli di kedai-kedai ubat). Sesetengah ubat dapat
membantu , anda boleh mencuba:
1. Suplemen Laktosa : sekiranya anda mengalami masalah penghadaman laktosa,
enzim laktosa boleh diambil untuk membantu mencernakan laktosa . Anda juga boleh
mencuba produk tenusu tanpa laktosa yang terdapat di kebanyakan kedai dan
pasaraya.
2. Simethicone : mencuba semithicone yang terdapat di kedai ubat dan farmasi dapat
membantu memecahkan gelembung gas dan sendawa yang berterusan,
3. Activated charcoal : Pil charcoal juga boleh membantu, anda boleh mengambilnya
sebelum dan selepas makan dan boleh didapati di kedai ubat dan sebagainya.

Pencegahan
Ukuran Pemakanan
Mengubah amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan jumlah gas yang dihasilkan
oleh badan atau membantu mengeluarkan gas dengan lebih cepat melalui sistem anda.
Cuba kenalpasti dan gelakkan makanan yang memberi kesan besar kepada anda.
Kebanyakan orang tidak dapat menerima makanan seperti kacang, bawang, brokoli,
bunga kobis, asparagus, buah pir, epal, buah pic, prun, gula gula tanpa gula, dan gula
gula getah, roti gandum, bijiran bran, bir, soda dan minuman berkarbonat, susu, krim,
aiskrim, dan susu ais.
Mengurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung terhasil daripada
makanan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan rasa
perut yang penuh.
Mengurangkan pengambilan makanan tinggi serat seperti sayuran dan buah
sementara waktu . Sekiranya anda mengambil suplemen serat, cuba kurangkan
jumlah pengambilan dan ambil semula dengan keadaan beransur ansur. Pastikan
suplemen serat diambil bersama sekurang kurangnya 8 auns air dan minum air lebih
sepanjang hari.
Mengurangkan penggunaan produk tenusu harian anda. Cuba menggunakan produk
tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt. selain susu. Mengambil susu dalam jumlah
yang rendah pada satu satu masa atau mengambil susu dengan makanan lain juga
memudahkan proses penghadaman. Ada sesetangah kes memerlukan anda untuk terus
berhenti dari mengambil produk tenusu.
Cubalah secawan teh pudina. Minyak pudina mengandungi menthol, yang
mempunyai antispasmodic. Anda akan dapati rasa panas secawan teh pudina akan
memberikan penyembuhan daripada gas dan kesakitan berpunca dari gas. Dalam hal
lain, pudina boleh menyebabkan pedih ulu hati dan tindak balas asid.

Pengubahsuaian Cara Hidup
Cubalah jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan kerap
daripada dua tiga kali jumlah yang besar.
Makan perlahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya susah,
perlahankan cara dengan meletakkan sudu dan garfu diantara setiap suapan.
Elakkan gula gula getah, gula gula keras dan meminum menggunakan straw. Aktiviti
ini boleh menyebabkan anda menelan jumlah air yang banyak.
Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan
tenang dan perlahan lahan. Makan ketika dalam keadaan tertekan akan menyebabkan
ketidakhadaman dalam perut.
Periksa gigi palsu anda. Kedudukan gigi palsu yang longgar boleh menyebabkan
udara berlebihan tertelan semasa makan dan minum.
Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan
Semakan Akhir: 22 April 2008


No comments :

Post a Comment