Kanser Pankreas (Carcinoma of Pancreas)

Gambar dari: medicinenet.com

Pankreas merupakan organ penting dalam menghasilkan hormon insulin dan glukagon (dan lain lain) serta bertugas merembeskan enzim pencernaan kepada manusia. Sekiranya ketumbuhan berlaku pada pankreas, ia boleh mengakibatkan masalah pencernaan dan sumbatan pada salur hempedu serta kekuningan (jaundice) bergantung pada tempat kanser tersebut berada.

Secara ringkasnya, kanser pankreas dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

  1. Ductal carcinoma (kanser saluran pankreas)
  2. Islet cell adenocarcinoma (kanser/tumor sel islet) termasuk Insulinoma, Gastrinoma dan lain lain

Dalam 25% kes, kanser melibatkan kepala pankreas dan dalam 75% ia melibatkan bahagian badan dan ekor pankreas. Sebagai imaginasi, pankreas merupakan organ yang berbentuk seperti lintah yang mempunyai bahagian kepala, badan dan ekor.. :)

Atas: Gambaran ringkas tumor pankreas

    Sekiranya kanser tersebut berada di bahagian kepala pankreas, maka kemungkinan penyakit ini dimanifestasi oleh kekuningan ialah tinggi. Kekuningan dalam kes ini adalah disebabkan oleh sekatan aliran hempedu daripada hati ke usus akibat pertumbuhan kanser tersebut. Sekiranya aliran ini dibiarkan tersekat tanpa tindakan, kanser menjadi semakin buruk dan kekuningan menyebabkan kegatalan pada kulit dan ketidakhadaman makanan.

    Sekiranya kanser terjadi pada bahagian badan atau ekor pankreas, maka pesakit akan merasakan sakit sewaktu sedang berbaring ke belakang akibat geseran yang menyentuh dinding pankreas tersebut.

    Antara tanda tanda lain yang boleh dimanifestasikan oleh kanser pankreas ialah:
    • Thrombophlebitis (paraneoplastic sy. - [PNS])
    • Increasing Calcium - akibat peningkatan hormon paratiroid (PNS)
    • Portal hypertension (metastasis [M])
    • renal vein metastasis (M)
    • Hati menjadi besar (M)
    • limpa menjadi besar (M)
    • nod limfa menjadi besar dan sakit (M)
    • perut kembung air (ascites) akibat tekanan darah tinggi pada vena usus (portal vein)
    Ujian Kanser pankreas
    • Ujian darah perlu dijalankan untuk mengenalpasti samada paras bilirubin yang menyebabkan kekuningan adalah meningkat, jenis bilirubin yang terlibat (conjugated-, nonconjugated-, uro- bilirubin)
    • Imaging: Ultrasound atau CT scan perlu dilakukan untuk melihat sendiri jenis jisim yang terbentuk pada bahagian abdomen tersebut dan lokalisasi sebenar jisim tersebut untuk memastikan organ yang mana satu yang terlibat. Antara yang boleh dilihat dalam penghidap kanser pankreas ialah jisim pada pankreas, pengembangan pada saluran hempedu, dan metastasis sel kanser pada hati (liver metastasize)
    • ERCP (Endoscopic Retrograde Cholangio Pancreatography) perlu dilakukan untuk membolehkan bahan kontras dimasukkan ke dalam salur hempedu (biliary tree) dan pankreas untuk melihat tempat sebenar sumbatan berlaku di dalam saluran tersebut.


    Untuk pengetahuan orang ramai, penyakit kanser pankreas ini selalunya lambat dikesan dan ia pula amat cepat bergerak di dalam badan menyebabkan ia antara kanser yang amat digeruni ramai. Disebabkan penyakit ini selalunnya disertai dengan metastasis (pergerakan sel kanser ke tempat lain), kurang daripada 10 peratus individu yang menghidap penyakit ini sesuai untuk menjalani pembedahan radikal yang membuang tisu pankreas keseluruhannya, kerana metastasis sesuai menggunakan kemoterapi.

    Sekiranya didapati sesuai, kanser yang duduknya di kawasan kepala pankreas boleh dibuang melalui teknik Whipple's. Teknik ini membuang kepala pankreas dan menggabungkan semula salur hempedu, baki pankreas dan usus dengan susunan yang teratur.
    Gambar Prosedur Whipple's dari: mydrmom.blogspot.com

    Kesakitan yang amat sangat sering dirasai oleh penghidap penyakit ini. Oleh sebab itu, doktor doktor menggunakan dadah opiates (Morphine) kepada pesakit. Celiac plexus juga dikenakan alkohol bagi meredakan kesakitan sewaktu pembedahan.

    Prognosis
    Secara purata, pesakit kanser pankreas hanya mempunyai kemungkinan untuk hidup kurang daripada 6 bulan. Individu yang terselamat setelah 5 tahun dikesan menghidap kanser ini hanyalah sebanya 2% daripada keseluruhan pesakit, itupun setelah menjalankan pembedahan Whipple's seperti yang dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, pemerhatian mendapati bahawa, individu yang menghidap kanser pankreas jenis sel Islet (Islet cell tumor) dan kanser ampula (ampullary tumor) mempunyai keputusan yang jauh lebih baik berbanding yang mempunyai kanser jenis ductal (kanser pada saluran pankreas)


    3 comments :

    1. salam.. sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola... boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook 'PENAWAR/UBAT KANSER'.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape... InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul....

      ReplyDelete
    2. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

      ReplyDelete
    3. good info... thanks a lot. ada kenalan menghidap penyakit kanser pancreas... sangat simpati padanya...

      ReplyDelete