Angin Ahmar (Stroke)

Gambar dari wikipedia. Gambar angin ahmar berdarah (hemorrhagic stroke). Panah atas-edema, Panah bawah-pendarahan.

Pernahkah ada di kalangan ahli keluarga anda yang menghidapi masalah angin ahmar? Angin ahmar merupakan penyakit yang disebabkan oleh dua perkara:
  • Salur darah di otak tersumbat; atau
  • Pendarahan berlaku di otak
Masalah salur darah tersumbat berpunca daripada banyak sebab. Darah di bahagian otak dialirkan daripada 2 salur darah penting iaitu arteri karotid dan arteri vertebra (vertebral artery). Sumbatan pada mana mana sumber masuk darah ini boleh menyebabkan kematian sel otak. Selain arteri, vena yang tersumbat juga boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Sekiranya terdapat darah beku pada vena (contohnya sagital vein), darah tidak dapat keluar dari otak, darah tidak dapat mengalir dengan baik dan menyebabkan kematian sebahagian sel otak. Antara bahagian otak yang amat sensitif ialah bahagian hipokampus dan sel ependymal.

Penyebab utama berlaku angin ahmar:
  • Sumbatan arteri kecil (trombosis in situ)
  • emboli dari jantung menyumbat arteri otak (cardiac emboli)
  • emboli dari aterosklerosis pergi ke arteri otak
  • Pendarahan dalam otak
Sebab sebab yang lain termasuk:
  • Tekanan darah turun melebihi 40 mmHg - Virchow's triad tidak stabil
  • Arteri karotid terbelah dua (disection) - menyebabkan sumbatan
  • radang salur darah - menyebabkan sumbatan
  • pendarahan subarachnoid - menyebabkan pendarahan
  • sumbatan vena otak - darah tidak bergerak
  • sindrom anti-phospholipid (anti-phospholipid syndrome) - menyebabkan kerosakan tisu otak
  • thrombophilia (darah suka membeku)
  • Penyakit Fabry's
Faktor penggalak angin ahmar  (Risk factor)
  • tekanan darah tinggi (boleh menyebabkan arteri rosak dan seterusnya pendarahan dalam otak)
  • merokok - meningkatkan aterosklerosis
  • kencing manis - meningkatkan aterosklerosis
  • penyakit jantung (atrial fibrillation - darah kurang bergerak menyebabkan gumpalan darah beku terbentuk, masalah injap - lebih mudah dijangkiti kuman dan gumpalan darah beku mudah terbentuk, masalah ischemia - jantung yang pernah mengalami serangan iskemia boleh menggalakkan pembentukan gumpalan darah)
  • Bunyi pada arteri karotid (carotid bruit)
  • Hormon pencegah kehamilan
  • banyak lemak dalam darah
  • darah cepat membeku
  • sifilis (salur darah mengembang dan membentuk gumpalan darah, permukaan salur darah yang luar biasa menyebabkan gumpalan darah terbentuk)
  • Peningkatan Homocysteine dalam darah.
Tanda tanda:
Tanda tanda bagi penyakit ini bergantung kepada kawasan otak yang terjejas oleh sumbatan atau pendarahan tersebut.

Infark Kawasan Cerebrum
Sekiranya kawasan cerebrum yang terjejas, maka, kesannya, individu tersebut akan mengalami lumpuh pada bahagian badan. Sekiranya bahagian otak kiri yang terjejas, lumpuh tersebut berlaku pada kawasan kanan badan dan deria sentuh juga hilang pada bahagian sebelah kanan. Sekiranya bahagian otak kanan yang terjejas, maka bahagian badan kiri akan menjadi lumpuh termasuk deria sentuh sebelah kiri. Kawasan yang lumpuh itu pada asalnya amat longlai tetapi lama kelamaan ia menjadi keras dan amat sukar digerakkan orang. 

Infark Kawasan Pangkal Otak (Brain stem)
Kesannya amat pelbagai. Antara masalah yang dialami ialah lumpuh Quadriplagia (lumpuh tangan dan kaki). Masalah seterusnya ialah sindrom 'Lock In'. Sindrom ini melibatkan kecacatan pada saluran sarah dari otak ke tulang belakang (Cortico-spinal) dan Cortico-nuclear, menyebabkan individu tersebut hanya dapat melihat dan mendengar tetapi tidak dapat bergerak balas.

Infark Kawasan Lacunar (Basal Ganglia, thalamus dan pons)

Mnemonic Lock-in syndrome

Apa yang biasa dilakukan kepada pesakit angin ahmar?
  1. saluran pernafasan mestilah dipastikan baik untuk mengelakkan tak cukup oksigen atau tersedut muntah sendiri.
  2. Pastikan paras gula dari 4-10 mmol/L. Gunakan insulin pada orang kencing manis
  3. Pastikan tekanan darah stabil. Jangan biarkan tekanan darah kurang sebanyak 20% bagi mengelakkan tisu otak yang sedia kekurangan darah itu menjadi semakin rosak
  4. Lakukan CT (5 minit diperlukan)
  5. Gunakan ubat trombolisis (fibrinolytics) seperti Lepirudin, -gatran, -xaban, ateplase atau lain lain mengikut kesesuaian bagi memecahkan gumpalan darah tersebut. --> kawalan trombus putih
  6. Berikan antiplatelet (aspirin/-grel/-elor/abciximab) bagi mengelakkan masalah ini berulang/menjadi lebih teruk --> kawalan trombus putih
  7. Jangan bagi apa apa melalui mulut. Kerana ia boleh menyebabkan tercekik. individu yang mengalami angin ahmar mengalami masalah untuk telan
Telan tidak boleh, makan tak lalu..



No comments :

Post a Comment