Teknik Mengingat Perkara Yang Dipelajari

Gambar dari: wikipedia.org

Salam alaikum kawan kawan, malam tadi, ada seorang kawan saya, seorang warga UK bertanya tentang bagaimana cara untuk mengingat fakta dengan baik. Saya rasa adalah baik untuk saya kongsikan apa yang saya rasakan elok kepada diri saya dengan kawan kawan semua, walaupun cara saya mungkin bukanlah yang terbaik.. Tetapi teknik yang saya gunakan benar benar telah banyak membantu saya (dengan izin Allah) mempelajari ilmu perubatan dengan lebih mudah dan menarik. Ya, saya benar benar maksudkan menarik..

Perkara utama yang saya mahu tekankan di sini ialah pastikan niat kita sebagai seorang pelajar adalah tepat, iaitu belajarlah kerana Allah. Mungkin kawan kawan akan rasa ini perkara biasa yang diberitahu oleh semua orang, tidak ada istimewanya. Aha, nanti dulu.. Belajar yang benar benar kerana Allah sangat besar impaknya. Lihatlah di sekeliling kita,  ada diantara kita yang sangat berlumba lumba dalam kelas belajar bersungguh sungguh mahu mendapat tempat pertama kerana mahu menonjolkan diri di dalam kelas dan rasa bangga apabila dipuji di hadapan kawan lain.. Itulah lumrah manusia. Namun, pemikiran seperti ini hanya membawa seseorang kepada rasa tidak selamat (unsecure) akibat takut kepada kekalahan dalam persaingan dalam kelas. Pemikiran yang seperti ini mencetuskan rasa tidak puas hati kepada rakan (irihati) apabila mereka lebih cemerlang berbanding kita. Kelas dan rakan rakan menjadi medan membenci kerana masing masing tidak mahu melihat orang lain berjaya. Jika seorang itu mempunyai nota yang hebat, pasti disorokkannya daripada kawan kawan lain, jika ada teknik yang hebat, pasti dirahsiakannya agar ia menjadi modal untuk melebihkan dirinya berbanding orang lain untuk menang dalam persaingan sempit kelas tersebut.

Niat yang sebenar yang dianjurkan Islam ialah apabila seorang pelajar itu belajar semata mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Ia belajar  bukan untuk menyaingi rakan rakannya untuk mendapat gelajaran siapakah yang terbaik, tetapi sebaliknya ia belajar kerana mahu menjadi seorang yang berguna yang pada satu hari nanti akan digunakannya ilmu yang dipelajari itu sebagai alat untuk menolong orang lain dan beramal. Apabila individu itu sedang mempelajari biologi misalnya, dia seharusnya mencari apakah amal kebaikan yang boleh dilakukannya sejurus tamat mempelajari subjek biologi tersebut. Setelah mengenalpasti amal kebaikan yang boleh dilakukannya setelah mempelajari subjek tersebut, individu tersebut mesti berazam untuk mempelajari ilmu biologi tersebut dengan mendalam agar amal kebaikan yang bakal dilakukannya dengan ilmu biologi yang sedang dipelajari dapat dipraktikkan dengan sempurna dan tidak mencacatkan amal yang bakal dilakukan.. Melalui motivasi Islam ini, individu akan lebih tenang dan tidak merasakan 'tidak selamat' di dalam kelas, kerana sesungguhnya ia bukan bersaing sesama rakan rakannya, tetapi ia bersaing dengan matlamat dirinya sendiri.

Individu yang mempunyai pemikiran seperti ini, biasanya mempunyai prestasi yang cemerlang di dalam kelas. Sekiranya berlaku kegagalan yang tidak diingini, individu seperti ini tidak akan rasa kecewa yang keterlaluan dan irihati kerana sesungguhnya, ia tidak bersaing sesama rakan rakannya dalam persaingan sempit di dalam kelas, tetapi ia bersaing dengan matlamat dirinya sendiri (iaitu hendak memastikan matlamat untuk beramal dengan ilmu yang sebenar itu tidak mendahuluinya di akhir nanti).. Saya minta maaf sekiranya bahasa ini agak kompleks.. Ia tidak bersaing sesama rakan rakannya, tetapi secara ringkasnya, ia belajar dan berjihad adalah kerana mencari redha Allah SWT..

Namun, tidak bersaing sesama rakan rakan bukanlah bermaksud tidak kisah dengan markah di dalam kelas dan prestasi akademik. Itu adalah sungguh tidak benar.. Markah peperiksaan merupakan satu indikator (penunjuk) sejauhmana usaha kita itu benar benar berkesan dalam mempelajari sesuatu ilmu itu. Katakanlah, anda baru mempelajari topik kejuruteraan, dan sekarang pensyarah mahu mengadakan ujian topikal. Individu yang belajar kerana mencari keredaan Allah tidak akan berasa tertekan dengan kewujudan ujian peperiksaan itu malah gembira dengan adanya peperiksaan tersebut kerana ia memberi peluang kepadanya untuk menguji adakah apa yang dipelajarinya sebelum ini (di dalam kelas dan belajar sendiri) benar benar mencapai tahap yang diiktiraf oleh pihak universiti dan orang ramai. Ini jauh sekali berbeza dengan individu yang sentiasa memandang persaingan sempit (belajar kerana mahu menonjol nonjol) di dalam kelas, kerana mereka akan berasa tidak senang duduk, kerana takut takut kalau tidak dapat tempat pertama , maka malulah dikalahkan oleh orang lain..

Bagi seorang yang belajar kerana mahu mendapatkan keredhaan Allah, mendapatkan tempat pertama di dalam kelas merupakan satu motivasi bukan kerana mahu mendapatkan pujian dan mahu menjadi pemenang dalam persaingan kelas, tetapi sebaliknya, kerana mahu memastikan bahawa suatu masa nanti, apabila ia sudah bekerja sebagai seorang doktor atau jurutera atau peniaga, ia akan menjadi doktor yang terbaik, menjadi jurutera yang terbaik dan menjadi peniaga yang terbaik, yang akan membantu lebih banyak orang melakukan lebih banyak amal soleh dan menaikkan nama Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.. Sebab inilah, sekiranya pelajar ini gagal dalam satu, dua peperiksaan, ia tidak merasa tertekan kerana baginya kegagalan itu bukan bermaksud ia sudah dikalahkan kawan kawannya, tetapi kegagalan itu dirasakannya sebagai satu signal yang memberitahunya bahawa dia tidak cukup berusaha atau cara kerjanya tidak cukup efektif seperti efektifnya cara kerja orang orang yang berjaya.. Seterusnya apa yang boleh dilihat daripada individu seperti ini ialah kerjanya akan bertambah efektif dari hari ke hari kerana rasa rendah diri dan kesudiannya mencontohi orang lain yang dilihat lebih berjaya daripada dirinya.

Seperti yang dikatakan, niat ini walaupun kelihatan biasa dan amat selalu disebut sebut, namun sekiranya dikaji secara mendalam, kesannya amat besar kepada gaya belajar dan prestasi seseorang pelajar muslim. 

Niat sekiranya ia betul dan tepat maka ia menjadi satu motivasi yang amat besar kepada seorang pelajar muslim..

Selesai membincangkan hal niat belajar yang membantu seseorang belajar dengan gembira dan tanpa tekanan, perkara kedua yang perlu dimiliki oleh seorang individu dalam mengingati suatu fakta dengan baik ialah imej dan imaginasi.

Semalam saya berbincang dengan teman saya tentang imej. Dia bertanya saya tentang imej, benarkan ia dapat membantu belajar, dan dia menyatakan bahawa imej hanya membantu 5% dalam mengingati sesuatu topik. Saya katakan ya, imej membantu 5% dalam mengingati sesuatu topik, tetapi imaginasilah (dengan izin Allah) membantu kita mengingati 95% yang bakinya..

Saya sangat suka untuk memetik ungkapan pakar fizik dunia Profesor Albert Einstein yang menerangkan tentang pentingnya imaginasi:


“Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.”


Melalui imaginasi, perkara yang dilihat membosankan di mata orang lain akan kelihatan begitu menarik bagi orang orang yang suka berimaginasi. Berimaginasi bermaksud membayangkan sesuatu perkara yang dipelajarinya dalam satu bentuk gambar bergerak yang bermain di kepala samada ianya gambar yang logik ataupun tidak logik (fantasi). 

Ingatan akan menjadi semakin kuat sekiranya perkara yang sedang dipelajari itu disertai dengan emosi dan situasi yang mempunyai kaitan yang kuat dengan perkara yang berlaku dalam hidup kita.. Pelajaran akan bertambah menarik sekiranya ia disertai pula dengan perkara perkara fantasi =) Bercerita tentang kaitan emosi dengan memori, emosi sememangnya memainkan peranan yang amat besar dalam memori, kerana satu kawasan dalam otak (lymbic system = hypocampus + amygdalae) bertanggungjawab dalam memori jangkamasa panjang juga bertanggungjawab terhadap rangsangan emosi. Oleh sebab kedua dua emosi dan memori mempunyai kaitannya dengan lymbic system, sesuatu fakta yang disertai dengan emosi amat diingati oleh seseorang individu (contoh: kematian, kemalangan, mendapat 10A, dan lain lain). Oleh itu digalakkan agar memasukkan unsur emosi ke dalam informasi dengan cara mereka cipta satu situasi yang dapat mendatangkan emosi ke dalam fakta yang baru didapati..

Saya bagi contoh, bagaimana untuk mengingat ayat Al Quran surah ke 47 ayat 31 bercerita tentang Allah menguji manusia untuk menunjukkan siapakah yang benar benar beriman dari kalangan hamba Allah..

47:31
4 - Pak (emPAK)
7 - Jo (tuJOh)
31 - Tipu aku (TIga PUluh sAKU)
PAK JO TIPU AKU, dia kata tak ada ujian dalam dunia ni, tapi rupa rupanya ada ujian..
*Pak Jo secara realitinya merupakan senior saya sewaktu saya tingkatan 1 dahulu, dan saya menggunakan namanya kerana Pak Jo merupakan seorang yang kuat agama dan dialah yang mengajarkan saya agama waktu tingkatan satu..

Dengan cara di atas ini jelas menunjukkan bagaimana caranya mengaitkan informasi baru yang didapati dengan pengalaman hidup seseorang (walaupun ia kurang berkait secara realitinya, tetapi ianya amat berkait secara fantasi/maya) dan cara ini menjadikan mengingati fakta baru mudah, ya bukan saja mudah malah menarik kerana ia membenarkan seseorang berkreativiti dan berfantasi, menjadikan satu yang bosan di mata orang lain terasa menarik bagi yang berimaginasi..

Begitu juga sekiranya kita belajar sesuatu topik, dapatkan satu gambar (imej) samada realiti atau rekaan dan rekacipta beberapa watak tambahan (imaginasi) yang dapat membantu kita mengingati keseluruhan topik itu tanpa perlu bersusah payah untuk satu-demi-satu merungkai tajuk topik tersebut sebelum boleh untuk me'recall' satu fakta dalam satu topik yang besar tersebut. Imej dan imaginasi membolehkan (dengan izin Allah) proses me'recall' menjadi lebih mudah dan cepat..

Gambar di atas menunjukkan bagaimana kuman kuman (kanan) dijadikan sesuatu yang menyerupai manusia dan mempunyai perwatakan masing masing.. Buku ini menggambarkan imaginasi penulis tentang kuman kuman yang dilihat membosankan bagi sesetengah pihak yang lain tetapi amat menarik bagi penulis, kerana ia membenarkannya berimaginasi.. tentang kuman dan sifat sifat mereka.. Berimaginasilah sepertimana pembaca novel berimaginasi =)


Saya tidak bercerita secara detail mengenai teknik yang digunakan, kerana ia memerlukan penulisan yang lebih lebih lagi panjang, namun, di sini saya telah memberikan pokok utama dalam pembentukan teknik teknik belajar yang berkesan dan lebih memudahkan. Kreativiti amat perlu dalam membantu kita mengingat dengan baik dan berseronok sewaktu belajar. Sekiranya ada pertanyaan, boleh hantar email atau klik butang 'tanya soalan' pada bar di sebelah kiri anda.. Saya amat gembira untuk berkongsi apa yang saya rasakan baik kepada orang ramai..


1 comment :

  1. bagaimanakah cara untuk belajar membuat karangan yang menarik.....

    ReplyDelete