Motivasi Belajar Seorang Pelajar Muslim (Niat)

Gambar dari: Riadz Radzi dan Omar Osman 
am@hmetro.com.my 
Harian Metro 24 Mac 2008

Salam alaikum kawan kawan, zaman kita ni, belajar memang mencabar. Ia sangat sangat menuntuk kita untuk membahagikan waktu dengan baik sekali.. Nak kemas rumah, nak ulangkaji pelajaran, nak bergiat dalam sukan, nak menghadiri ceramah.. semua itu hendak dilakukan dalam masa yang diberikan. Motivasi yang kuat perlu dimiliki oleh seorang pelajar muslim agar mereka dapat terus bersemangat melukan semua kerja ini dengan bersungguh sungguh.. Namun, apakah motivasi itu? Adakah ia bermotivasikan pekerjaan yang dijanjikan gaji yang lumayan? Ataupun berusaha mendapat nombor 1 agar dipandang tinggi rakan rakan? Ataupun berusaha mendapat 10A agar dapat XBox (permainan video) yang ayah janjikan?

Tanpa berkias kias lagi, perkara utama yang saya mahu tekankan di sini ialah pastikan niat kita sebagai seorang pelajar adalah tepat, iaitu belajarlah kerana Allah. Bagi yang sudah ada niat ini, tahniah kita ucapkan.. Mungkin kawan kawan akan rasa ini perkara biasa yang diberitahu oleh semua orang, tidak ada istimewanya. Aha, nanti dulu.. Belajar yang benar benar kerana Allah sangat besar impaknya. Lihatlah di sekeliling kita,  ada diantara kita yang sangat berlumba lumba dalam kelas belajar bersungguh sungguh mahu mendapat tempat pertama kerana mahu menonjolkan diri di dalam kelas dan rasa bangga apabila dipuji di hadapan kawan lain.. Itulah lumrah manusia. Namun, pemikiran seperti ini hanya membawa seseorang kepada rasa tidak selamat (unsecure) akibat takut kepada kekalahan dalam persaingan dalam kelas. Pemikiran yang seperti ini mencetuskan rasa tidak puas hati kepada rakan (irihati) apabila mereka lebih cemerlang berbanding kita. Kelas dan rakan rakan menjadi medan membenci kerana masing masing tidak mahu melihat orang lain berjaya. Jika seorang itu mempunyai nota yang hebat, pasti disorokkannya daripada kawan kawan lain, jika ada teknik yang hebat, pasti dirahsiakannya agar ia menjadi modal untuk melebihkan dirinya berbanding orang lain untuk menang dalam persaingan sempit kelas tersebut.

Niat yang sebenar yang dianjurkan Islam ialah apabila seorang pelajar itu belajar semata mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Ia belajar  bukan untuk menyaingi rakan rakannya untuk mendapat gelajaran siapakah yang terbaik, tetapi sebaliknya ia belajar kerana mahu menjadi seorang yang berguna yang pada satu hari nanti akan digunakannya ilmu yang dipelajari itu sebagai alat untuk menolong orang lain dan beramal. Apabila individu itu sedang mempelajari biologi misalnya, dia seharusnya mencari apakah amal kebaikan yang boleh dilakukannya sejurus tamat mempelajari subjek biologi tersebut. Setelah mengenalpasti amal kebaikan yang boleh dilakukannya setelah mempelajari subjek tersebut, individu tersebut mesti berazam untuk mempelajari ilmu biologi tersebut dengan mendalam agar amal kebaikan yang bakal dilakukannya dengan ilmu biologi yang sedang dipelajari dapat dipraktikkan dengan sempurna dan tidak mencacatkan amal yang bakal dilakukan.. Melalui motivasi Islam ini, individu akan lebih tenang dan tidak merasakan 'tidak selamat' di dalam kelas, kerana sesungguhnya ia bukan bersaing sesama rakan rakannya, tetapi ia bersaing dengan matlamat dirinya sendiri.

Individu yang mempunyai pemikiran seperti ini, biasanya mempunyai prestasi yang cemerlang di dalam kelas. Sekiranya berlaku kegagalan yang tidak diingini, individu seperti ini tidak akan rasa kecewa yang keterlaluan dan irihati kerana sesungguhnya, ia tidak bersaing sesama rakan rakannya dalam persaingan sempit di dalam kelas, tetapi ia bersaing dengan matlamat dirinya sendiri (iaitu hendak memastikan matlamat untuk beramal dengan ilmu yang sebenar itu tidak mendahuluinya di akhir nanti).. Saya minta maaf sekiranya bahasa ini agak kompleks.. Ia tidak bersaing sesama rakan rakannya, tetapi secara ringkasnya, ia belajar dan berjihad adalah kerana mencari redha Allah SWT..

Namun, tidak bersaing sesama rakan rakan bukanlah bermaksud tidak kisah dengan markah di dalam kelas dan prestasi akademik. Itu adalah sungguh tidak benar.. Markah peperiksaan merupakan satu indikator (penunjuk) sejauhmana usaha kita itu benar benar berkesan dalam mempelajari sesuatu ilmu itu. Katakanlah, anda baru mempelajari topik kejuruteraan, dan sekarang pensyarah mahu mengadakan ujian topikal. Individu yang belajar kerana mencari keredaan Allah tidak akan berasa tertekan dengan kewujudan ujian peperiksaan itu malah gembira dengan adanya peperiksaan tersebut kerana ia memberi peluang kepadanya untuk menguji adakah apa yang dipelajarinya sebelum ini (di dalam kelas dan belajar sendiri) benar benar mencapai tahap yang diiktiraf oleh pihak universiti dan orang ramai. Ini jauh sekali berbeza dengan individu yang sentiasa memandang persaingan sempit (belajar kerana mahu menonjol nonjol) di dalam kelas, kerana mereka akan berasa tidak senang duduk, kerana takut takut kalau tidak dapat tempat pertama , maka malulah dikalahkan oleh orang lain..

Bagi seorang yang belajar kerana mahu mendapatkan keredhaan Allah, mendapatkan tempat pertama di dalam kelas merupakan satu motivasi bukan kerana mahu mendapatkan pujian dan mahu menjadi pemenang dalam persaingan kelas, tetapi sebaliknya, kerana mahu memastikan bahawa suatu masa nanti, apabila ia sudah bekerja sebagai seorang doktor atau jurutera atau peniaga, ia akan menjadi doktor yang terbaik, menjadi jurutera yang terbaik dan menjadi peniaga yang terbaik, yang akan membantu lebih banyak orang melakukan lebih banyak amal soleh dan menaikkan nama Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam.. Sebab inilah, sekiranya pelajar ini gagal dalam satu, dua peperiksaan, ia tidak merasa tertekan kerana baginya kegagalan itu bukan bermaksud ia sudah dikalahkan kawan kawannya, tetapi kegagalan itu dirasakannya sebagai satu signal yang memberitahunya bahawa dia tidak cukup berusaha atau cara kerjanya tidak cukup efektif seperti efektifnya cara kerja orang orang yang berjaya.. Seterusnya apa yang boleh dilihat daripada individu seperti ini ialah kerjanya akan bertambah efektif dari hari ke hari kerana rasa rendah diri dan kesudiannya mencontohi orang lain yang dilihat lebih berjaya daripada dirinya.

Seperti yang dikatakan, niat ini walaupun kelihatan biasa dan amat selalu disebut sebut, namun sekiranya dikaji secara mendalam, kesannya amat besar kepada gaya belajar dan prestasi seseorang pelajar muslim. 

Niat sekiranya ia betul dan tepat maka ia menjadi satu motivasi yang amat besar kepada seorang pelajar muslim..


No comments :

Post a Comment