Masalah Kelenjar Tiroid

File:Illu thyroid parathyroid.jpg

Salam alaikum kawan kawan.
Minggu lepas, saya dapat seorang pesakit yang menghidap masalah hipertiroid. Hypertiroidisma (hyperthyreoidism) merupakan masalah aktiviti kelenjar tiroid yang terlebih aktif. Tiroid merupakan kelenkar yang terletak pada leher, di kawasan halkum dan boleh dirasai dengan sentuhan tangan (bagi yang biasa melakukannya).

Hypertiroidisma dapat dikenalpasti dengan keadaan leher yang kelihatan membengkak, satu situasi yang dipanggil goiter. Goiter (bengkak di kawasan halkum) boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antara yang paling biasa dijumpai ialah penyakit autoimun yang dipanggil penyakit Grave-Basedow dan tumor pada kelenjar pituitari.

Penyakit Grave-Basedow adalah disebabkan badan kita menghasilkan antibodi yang melawan sel badan kita sendiri (dalam kes ini tiroid). Apa yang pelik adalah, antibodi ini tidak sama seperti sifat antibodi pemusnah yang lain dimana, ia tidak menghapuskan sel tiroid, malah menggalakkannya untuk membesar dan menjalankan aktiviti dengan lebih aktif. Kesannya ialah seseorang itu menghidapi hipertiroidisma.

Masalah ini membawa kepada beberapa kebaikan selain daripada keburukan yang dirasakan oleh penghidapnya. Antara kebaikan yang dirasakan oleh individu tersebut ialah ia memiliki berat badan yang unggul disebalik selera makan/ tabiat makan yang tinggi. Kebanyakan orang yang mempunyai peningkatan aktiviti tiroid adalah kurus dan sangat aktif dalam berfikir dan dalam aktiviti yang mereka lakukan. Individu yang mempunnyai masalah ini mempunyai metabolisma yang amat tinggi kerana hormon tiroksin (thyroxin) menggalakkan sel badan meingkatkan aktiviti mereka. Bagi yang duduk di kawasan sejuk (eropah dll), mereka mendapat kebaikan daripada perkara ini kerana penghidap masalah ini juga turut merasakan peningkatan suhu badan.

Individu ini juga mempunyai paras kolesterol yang rendah dalam badan kerana, hormon tiroid menggalakkan pembinaan reseptor di hati yang mengesan kolesterol (LDL) dan menyingkirkannya melalui hempedu (bile). Paras kolesterol normal dalam badan ialah 5 mmol/x. 

File:Thyroid system.png

Walaubagaimanapun, hipertiroidisma bukanlah begitu menyeronokkan seperti yang disangka oleh ramai orang. Penghidap sakit ini merasakan jantung yang berdebar debar dan rasa cemas dan risau akibat tindakan hormon tiroksin (thyroxin) terhadap jantung mereka. Hormon tiroksin merupakan pencetus kepada kecekapan hormon adrenalin dalam menjalankan aktivinya terutamanya kepada jantung. Kehadiran hormon tiroksin menyebabkan hormon adrenalin semakin cekap, seterusnya hormon adrenalin ini menyebabkan lebih lagi pengaktifan reseptor beta-1 pada jantung dan menyebabkan rasa berdebar debar dan cemas. Apa yang ditakuti ialah, aktiviti jantung akan menjadi terlalu aktif boleh menggalakkan atrial fibrilation (impuls jantung menjadi kacau bilau).

Bukan itu sahaja, terlebih hormon tiroid juga menyebabkan cirit birit yang tidak disukai oleh orang ramai yang menghadapinya. Cirit birit selalu sahaja mengganggu aktiviti harian mereka. Hormon tiroksin menyebabkan pergerakan usus lebih laju seterusnya menyebabkan cirit birit, dan individu yang menghidapinya akan lebih cenderung untuk menjadi lebih kurus.. 

Badan berpeluh peluh dan rasa terlalu panas adalah perkara biasa yang dihadapi oleh orang yang menghidapi masalah ini. Tambahan pula di negara Malaysia sudah sedia panas, bukan mudah bagi orang orang ini menghadapinya..

Tekanan jantung penghidap masalah ini juga tidak normal. Tinggi pada tekanan atas (sistol) dan rendah pada tekanan bawah (diastol). Jantung terpaksa bekerja kuat untuk membekalkan darah ke seluruh badan akibat permintaan oksigen yang sangat tinggi kerana kebanyakan tisu badan mempunyai metabolisma yang amat tinggi. Jantung yang terpaksa bekerja terlalu kuat akan merasakan kekurangan bekalan oksigen (ischemia) dan seterusnya menyebabkan kematian tisu jantung (necrosis/infarct). Jadi, walaupun individu penghidap hipertiroidisma mempunyai tahap kolesterol yang mengagumkan (rendah), ia tetap tidak dapat lari dari penyakit jantung yang menunggunya ini.

Dr Smolej (MD, PhD) dari Czech Republic, seorang pakar hematologi di Hospital Fakulti Perubatan Hradec Kralove menyatakan, apa yang selalu dilakukan oleh doktor pakar yang merawat pesakit ini ialah membedah kelenjar tiroid dan membuangnya. Sesetengah pembedahan tidak berapa tepat dan menyebabkan terlalu banyak tisu kelenjar ini yang dipotong keluar. Kesannya, sebalik terlebih aktiviti tiroid, selepas pembedahan, individu tersebut mengalami kekurangan hormon tiroid pula. 

Menurut beliau, apa yang dilakukan untuk mengatasi masalah kekurangan hormon tiroksin selepas pembedahan ialah dengan memberikan pil hormon tiroksin kepada mereka dan mengawal paras hormon tersebut agar berada pada paras normal.

Selain itu, sewaktu pembedahan, pakar bedah juga selalu berusaha untuk  memotong kelenjar tiroid tanpa menjejaskan kelenkar paratiroid yang terletak di belakangnya. Namun, banyak kes yang melibatkan terpotongnya kelenjar ini akibat saiznya yang amat amat kecil, iaitu sebesar butir nasi. Oleh sebab kelenjar ini memastikan paras kalsium dalam darah adalah normal, kehilangannya menyebabkan paras kalsium dalam darah berkurang dan situasi ini amat membimbangkan kerana boleh menyebabkan banyak masalah jantung dan saraf (akibat ketidakstabilan 'Action Potential'). Doktor akan membekalkan kalsium tambahan dan hormon paratiroid sekiranya perkara ini berlaku dalam pembedahan.


Pada masa kini, rawatan radioaktif juga digunakan oleh doktor pakar bagi merawat penyakit ini. Mereka menyuntik Iodin isotop radioaktif ke dalam darah pesakit. Iodin seterusnya akan mengalir masuk ke dalam kelenjar tiroid kerana ia biasanya di simpan di sana bagi menghasilkan hormon tiroksin. Oleh sebab iodin radioaktif ini disimpan di kelenjar tiroid, maka sel pada kelenjar ini akan dibunuh oleh radioaktif tersebut dan aktiviti kelenjar akan berkurangan, seterusnya paras tiroksin kembali normal.


19 comments :

  1. saya pengidap thyrod..sudah buat pembedahan pada hujung tahun 2008.Sampai sekarang saya terpaksa bergantung pada pil kalsium,sebab kekurangan kalsium..sampai bila saya terpaksa bergantung pd pil kalsium...jika saya makan pd kadar 4biji 4kali sehari pn belum tentu rasa kebas pd jaring,kaki dan mulut akan hilang. Jadi saya terpaksa bergantung pula kepada susu kalsium.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam D-uleq boleh share sikit tentang operate buang kelenjar(Tairoid), berapa lma recover??side effect??

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. antara faktor kenapa perlu makan pil kalsium ialah, sewaktu pembedahan kelenjar tiroid, kelenjar PARATIROID juga turut dibuang oleh pakar bedah. walaupun ia boleh dielakkan, namun adalah sukar untuk elakkan dari memotong kelenjar PARATIROID. oleh sebab kelenjar paratiroid berfungsi mengekalkan paras kalsium dalam darah, individu yang kehilangan kelenjar ini perlu dapatkan kalsium dari luar. Jadi besar kemungkinan anda perlu makan pil tersebut seumur hidup atau mendapatkan rawatan gantian hormon. Cuba ketuk bahagian bawah tepi mata (lebih kurang 4 cm dari mata)menggunakan hujung jari, jika muka menghasilkan reflex maka anda sememangnya kekurangan kalsium walaupun setelah memakan pil (aktiviti mengetuk ini dinamakan -chvostek sign). Jadi kemungkinan keberkesanan pil boleh dipertikaikan. Ini mungkin terjadi kerana pil tersebut mungkin kurang diserap dalam badan (akibat kurang paratiroid dan vitamin D dll) jadi anda perlu berbincang dengan doktor cara lain memasukkan kalsium dalam darah anda / menggunakan pil yang lain.

    ReplyDelete
  4. saya juga mempunyai masalah yg sama..selepas pembedahan masalah t4 saya 7.7,TSH 0.005 dan kalsium saya 1.87 ...saya mkn pil kalsium kalbonat 16biji 4x4times/day ..tiroidsin 1 bj n alphacalcidol 2biji..masalahnya selepas pembedahan badan saya selalu sengal2..urat2 sakit..letih berpanjangan..selalu ngantuk..yang paling risau saya sedang membesar..hehehe badan saya gelembung ( naik berat bdan ) dah la hampir ke tua dah 31tahun,rezeki anak tiada lagi..saya risau akan menjadi masalah lain..boleh tak suggest suplement tmbahan..memang sekarang pelbagai vitamin,calcium,zat2 di pasaran cuma tanya yg pakar anai ada permakanan yg boleh di suggest...sebab penyakit nim pun berpunca dari pemakanan kan??

    ReplyDelete
  5. sy nk tanya la..mak sy penghidap penyakit tiroid...tp doc ckp penyakit tiroid dia da baik...mmg da lama mak sy x jmpa doc la kan...tp baru2 ni mak sy makan rumpai laut utk kesihatan badan...mula2 makan mak sy ckp tangan dia kebas,n the nextnya mak sy ckp kt leher dia berdenyut kuat/laju je...adakah disebabkan makan rumpai laut bleh jd cmtu?? elok ke makan rumpai laut utk yg add tiroid ni?? tq

    ReplyDelete
  6. ada kah penakit ini merbahaya ? boleh membahawa kepada kematian ?

    ReplyDelete
  7. Tidak lah sehingga membawa kepada kematian, penyakit ini boleh membawa kepada masalah yang serius seperti sakit jantung, mata rosak, cirit birit, masalah ganggu kitaran haid dalam perempuan, berdebar, tak senang duduk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesetengah orang mengatakan perlu banyakkan pengambilan makanan laut utk pesakit tiroid. ada juga sesetengah daripadanya menasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan laut. yang manakah tepat? adakah ia bergantung kepada hypertiroid atau hipotyroid?

      Delete
  8. sy menjalani pembedahan tiroid ktika usia 22 pd 2006 di hospital awam.sebenarnya sy menyedari bengkak pd leher sejak 2003 tp xmengalami apa2 simptom hipo/hiper tiroid. dan smpi sekarang sy x tahu masalah sebenar sy. sy jg x pernah jalani rawatan susulan
    selepas surgery berat stabil. tp sy mmg jenis cepat penat kurang fokus dan nervous. haid ok. cuma sy risau jika ada masalah kesuburan…jd sy nak tahu di mana dan bagaimana nk dptkan pemeriksaan

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum, saya penghidap hypothyroksyn. Saya menghidap penyakit ni selepas bersalin anak pertama saya. Selepas berpantang. Doktor dari poliklinik bagi saya Euthrokxyn yg dimakan satu biji sehari. Tiap2 hari consume ubat. Adakalany paras hormon saya normal jadi doktor kurangkan dos ubat kepada setengah biji. Lepas tu hormon saya dah tak stabil dan saya adalah bukan saya. sering berasa resah, jantung berdegup dan selalu letih, mengantuk.kalau saya minta doktor bedah dan buang kelenjar tiroid saya ni tak membawa kesan yg buruk ke?

    ReplyDelete
  10. tq atas info berguna ni. jadi panduan pada saya dan kawan2 yang lain.

    ReplyDelete
  11. Salam Admin.Perlukah surgery utk membuang kelenjar thyroid nie??apakah effect pembuangan kelenjar tiroid ni?selepas pembedahan,apakah risiko yg perlu ditangani oleh pesakit??mohon pencerahan agar mudah si pesakit membuat rawatan susulan.sebab sy diberitahu pesakit tidak akan sedarkan diri selama beberapa hari selepas pembedahan dan pembedahan tersebut akan dilakukan minggu hadapan.mohon respon dr pihak admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. surgery ni sangat perlu. risikonya ialah pesakit boleh kekurangan tiroid hormon selepas pembedahan, boleh mengalami perubahan suara atas sebab saraf terganggu waktu pembedahan. Pembedahan tiroid tidak bahaya dan mengambil masa sangat sekejap.

      Delete
  12. Salam..sy juga menghidap penyakit hypertiroid dan sy selalu berdebar2..sy nak tanya adakah penyakit tiroid nie sukar untuk hamil??. Saya sudah 3 kali mengalami keguguran dan adakah disebabkan oleh penyakit tiroid??. Dan sejak kebelakang nie sy selalu sesak nafas..sy sudah berjumpa doc..doc cakap sy terlebih oksigen dalam badan..adakah ini juga disebabkan oleh tiroid juga??

    ReplyDelete
  13. Salam. ye. penyakit tiroid boleh menyebabkan seseorang sukar untuk hamil. ia menyebabkan amenorhea (darah haid yang tidak teratur). Saudari boleh datang ke hospital untuk rawatan.

    ReplyDelete
  14. Salam
    Just nak tau brapakah kos utk rawatan ini... jadi sekurang2nya yg alami bleh prepare budjet
    Tq all

    ReplyDelete
  15. Jika lelaki kena hipotiroid adakah sperma nya akan terganggu juga?

    ReplyDelete