Kenapa berlaku kekurangan sel darah putih? Bagaimana nak meningkatkan sel darah putih?

Gambar menunjukkan sekumpulan sel darah putih dan merah
Gambar dari Wikipedia


Selamat sejahtera koko_kiki**. Terimakasih bertanye soalan. Maaf, baru baru ini, saya agak sibuk, ada perkhemahan di hutan selama 2 hari. Hari ini baru perasan soalan..

Sel darah putih boleh berkurang atas banyak sebab.. antara sebabnya ialah kekurangan makan (kurang makan protein, sayuran, atau karbohidrat).. kurang protein dalam darah menyebabkan pembentukan sel darah (termasuk sel darah putih) terganggu. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas dalam individu yang mengalami kanser dimana kebanyakan tenaga dan protein digunakan untuk menyokong pertumbuhan sel kanser. Sebab itulah penghidap kanser memiliki imuniti yang amat membimbangkan..

Antara sebab lain kekurangan sel darah putih ialah individu tersebut mengalami masalah terlebih hormon kortikosteroid (corticosteroid). Individu yang mengabil steroid untuk tujuan perubatan dan individu yang secara semulajadi mempunyai kotikosteroid yang tinggi dalam darah mengalami masalah kekurangan sel darah putih. Ini demikian kerana kortikosteroid berfungsi merencat tindakan sel darah putih dan pertumbuhannya. Antara sel darah putih yang terlibat ialah semua jenis darah putih kecuali neutrophil.

Sel darah putih boleh juga berkurangan dalam masalah jangkitan HIV, apabila sel T (helper) dijangkiti kuman ini dan musnah. Akibatnya, badan tidak dapat memberikan respon kepada penyakit. Kebanyakan pesakit HIV progressive (AIDS) meninggal dunia hanya disebabkan jangkitan biasa seperti selsema, pneumonia (pneumocystis jiroveci) dan lain lain.

Memakan antibiotik chloramphenicol dan beberapa jenis ubat yang lain juga berupaya mengurangkan pertumbuhan sel sum sum tulang, seterusnya menyebabkan kekurangan sel darah putih.

Bagi individu yang menjalani terapi radionucleid dan chemotherapy, sinaran radioaktif dan bahan kimia anti kanser yang dipancarkan/dialirkan ke tubuh badan (terutamanya pada sum sum tulang berupaya membunuh sel yang giat membahagi. Antara sel yang terjejas ialah sel badan yang normal iaitu Stem cell yang menghasilkan sel darah putih. 

sekiranya individu mengalami masalah limpa (spleen), masalah kekurangan sel darah putih juga boleh berlaku, kerana, limpa yang membesar akan menarik lebih banyak komponen darah termasuk sel darah putih. antara sebab limpa menjadi besar ialah jangkitan bakteria (salmonella typhi, paratyphi), virus (Ebstein Barr [EBV]), masalah sel darah (spherocytosis, sickle cell anemia) dan lain lain. Selain itu, individu yang mengalami penyakit jantung (jantung berlubang, injap jantung rosak, tisu jantung rosak [infarct]) mempunyai tekanan darah vena yang tinggi seterusnya menyumbang kepada pembesaran limpa. Hal ini juga dapat menyumbang kepada kekurangan sel darah putih.

Antara cara kita boleh meningkatkan sel darah putih ialah dengan memastikan bahawa kita bebas daripada semua masalah yang telah dibincangkan di atas. Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan yang dapat melakukan ujian darah untuk memastikan masalah sebenar yang dihadapi oleh anda. Sekuran kurangnya apa yang boleh anda lakukan pada waktu ini ialah dapatkan makanan yang secukupnya (selengkapnya)..


5 comments :

  1. apa kah langkah2 yang perlu di ambil untuk meningkat kan kadar sel darah putih?

    ReplyDelete
  2. Apakah cara bagi mengurangkan sel darah putih yang terlebih dalam badan? mungkin dari segi pemakanan atau gaya hidup?

    ReplyDelete
  3. saya ada seorg kenalan yg mengalami sel darah putih kurang/makin berkurang. saya nak tau sebab apa puncanya dan kenapa ia jadi macam itu?
    sedang kan keadaan dia sihat.dan tiada sebarang penyakit seperti hiv/aids boleh tolong jelas kan?

    ReplyDelete
  4. Good info! http://gengsihat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. ubat penyakit kurang sel darah putih

    ReplyDelete