Kegagalan Buah Pinggang

Maaflah kawan kawan, baru baru ni memang sangat sibuk, sampai blog tak berapa nak tulis.. =)

Pada kali ini, kita akan berbincang tentang kegagalan buah pinggang kronik (Chronic Renal Failure). Kegagalan buah pinggang kronik berlaku apabila buah pinggang secara umumnya tidak dapat menghasilkan air kencing (Glomerular Filtration Rate kurang daripada 15ml/min/1.73m^2 [iaitu penyakit buah pinggang kronik]). Istilah yang digunakan adalah amat spesifik, iaitu penyakit buah pinggang kronik (Chronic Kidney Disease) dan kegagalan buah pinggang kronik (Chronic Kidney Failure). Secara ringkasnya, kegagalan buah pinggang kronik adalah istilah apabila penyakit buah pinggang kronik mencapai tahap ke-5 iaitu buah pinggang tidak mampu menapis cecair badan lebih daripada 15ml/min/1.73m^2. Tahap normal penapisan cecair badan oleh buah pinggang ialah lebih daripada 90 ml/min/1.73m^2..  Secara umumnya, apa yang boleh dilihat dalam individu yang menghidap penyakit ini ialah mereka amat kurang menghasilkan air kencing (oliguria) dan menghidapi banyak komplikasi komplikasi yang lain.

Buah pinggang memainkan peranan yang amat penting kepada badan kita. Banyak orang menyangka, yang buah pinggang kita ni, gunanya untuk menapis kotoran dan menyingkirkannya sahaja. Sebenarnya, fungsi buah pinggang jauh lebih besar dari itu. Berikut merupakan fungsi buah pinggang:

  1. Buah pinggang berfungsi menyingkirkan kompaun nitrogen dari badan dalam bentuk urea dan amonium. 
  2. Buah pinggang berfungsi mengawal paras pH dalam darah.
  3. Ia juga berfungsi untuk menyingkirkan air berlebihan
  4. Mengawal atur paras mineral dalam badan (Natrium, Kalsium, Kalium, Phosphate, Bicarbonate)
  5. Menghasilkan Vitamin D yang aktif (dihydroxycholecalciferol) untuk penyerapan kalsium
  6. menghasilkan hormon erythropoietin untuk mengawal atur kuantiti sel darah merah dalam badan
  7. Mengawal tekanan darah
  8. Mengawal osmolarity (kepekatan darah)
Individu yang mengalami kegagalan buah pinggang mempunyai kandungan air yang sangat tinggi dalam badan. Buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan baik dalam menyingkirkan air. Kandungan air yang tinggi ini menyebabkan tekanan darah tinggi yang melampau. Tekanan dararah tinggi yang melampau pula mengakibatkan banyak masalah lain seperti kegagalan jantung (dalam pesakit jantung infark) dan faktor penyumbang kepada pembentukan atherosklerosis (endapan lemak pada saluran darah). Sekrianya tekanan darah melebihi 200 mmHg (systolik), angin akmar boleh berlaku (hemorrhagic stroke). Masalah kedua akibat lebihan air ini ialah, air yang berkumpul ini mempunyai kepekatan garam Natrium yang rendah (hypo-osmolar). Ini mengakibatkan air bergerak dari salur darah ke dalam tisu badan (termasuk otak). Kandungan garam Natrium yang rendah ini berpunca daripada kelemahan buah pinggang menyerap kembali garam Natrium serta keruntuhan sistem Renin-Angiotensis yang dimulakan di buah pinggang.. Sekiranya perkara ini terus berlaku, individu yang menghadapi masalah ini cenderung kepada koma yang boleh menyebabkan kematian akibat gangguan sistem kawalan pernafasan di otak (Conus occipitalis).

Sebagaimana yang kita tahu, buah pinggang mengawal atur paras mineral dalam badan. Sekiranya buah pinggang gagal, Garam natrium tidak dapat diserap masuk ke dalam badan, manakala garam Kalium amat berlebihan dalam badan. Garam kalium yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan jantung arrhythmia (jantung teruja sehingga tidak terkawal) dan menyebabkan cardiac arrest (jantung terhenti). Paras Kalsium dalam badan juga turut dikawal oleh buah pinggang. Kalsium diserap semula oleh buah pinggang dengan kehadiran hormon Parathyroid. Namun, hormon ini tidak dapat memberi kesan kepada buah pinggang yang rosak, menyebabkan parakalsium rendah. Hormon ini kemudiannya bertindak ke atas tulang kita dan menyebabkan kristal kalsium dalam tulang berkurangan (menyumbang kepada osteomalacia).

Disebabkan Phosphate dikeluarkan bersama sama dengan kalsium dari tulang, kandungan Phosphate dalam darah meningkat. Satu undang undang  yang perlu diketahui ialah, Kalsium dan Phosphate tidak boleh kedua duanya  meningkat pada waktu yang sama. Sistem badan akan memastikan salah satunya berkurangan sekiranya salah satu meningkat.. dalam situasi ini, peningkatan paras Phosphate menyebabkan paras Kalsium menurun. Kesannya ialah Kalsium berkurangan dalam darah. Kekurangan kalsium menyebabkan ketidakstabilan sel, mendorong kepada masalah refleks saraf (trousseau's sign). Sekiranya Kalsium dan Phosphate kedua duanya meningkat pada waktu yang sama, kristal Kalsium phosphate terbentuk dalam darah dan berlakulah enapan di arteri (salur darah) dan berkemungkinan menyebabkan kerosakan arteri yang serius..

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH badan. buah pinggang berperanan menghasilkan ion bikarbonat yang baru, dan yang diserap kembali dari tubul buah pinggang. Kegagalan buah pinggang menyebabkan keasidan darah meningkat, mengakibatkan salur darah mengembang dan telus (permeable) kepada air dan protein, menyebabkan edema (bengkak air) berlaku di seluruh badan (terutamanya bahagian paling bawah). Sekiranya edema ini dilihat di seluruh badan, ia dipanggil anasarka (anasarca). Sekiranya pH tidak terkawal, acidotic coma boleh berlaku.

Buah pinggang juga berfungsi menukarkan vitamin D tidak aktif kepada aktif. Hydroxycholecalciferol kepada Dihidroxycholecalciferol. Tanpa fungsi buah pinggang yang baik, vitamin D tidak dapat menjalankan tugasnya memastikan Kalsium diserap dari usus ke dalam salur darah (melalui penghasilan  Calcium Binding Protein). Kesannya seperti yang dibincangkan di atas..

Penghasilan sel darah merah turut terjejas, kerana buah pinggang memainkan peranan yang amat penting dalam menghasilkan erythropoietin yang merangsang pertumbuhan sel darah merah yang baru.. kesannya, individu yang terlibat sering merasa penat penat badan dan letih sepanjang masa.






2 comments :

  1. saya nak tanya, jika kandungan phosphate level tinggi apa akan terjadi?

    ReplyDelete
  2. saya nak tanya , jika mengikut statistik lelaki lebih banyak menghidap penyakit buah pinggang , boleh tak terangkan atau berikan fakto-faktor yg menyebabkan lelaki lebih banyak menghidap penyakit ini.....

    ReplyDelete