Sayur Best Ke Tak Best? Kebaikan Sayur Sayuran

Saya sendiri memang kurang menggemari sayur sebelum ni, sebabnya, sayur rasa pahit, dan teksturnya keras, dan tidak manis. Sebelum ni, bila mak saya masak sayur saja, saya memang tak sentuh sayur yang mak saya masak, kecuali brokoli atau cauliflower (ape ye dalam bahasa melayu nye). Dua sayur ni, rasanya sedikit manis dan kalau masak akan jadi lembut. Mak saya berulang kali dah suruh saya makan sayur lebih, tapi saya masih degil nak makan sayur.

Sayur Kangkung lama tak kulihat..

Saya semakin jelas nampaknya, sayur memang penting untuk mengelakkan penyakit, bukan saja untuk mendapat vitamin dan mineralnya. Antara penyakit paling merbahaya akibat kekurangan sayur ialah kanser kolon. Maaf lah kalau terus terus saja kanser kan. Tapi, itulah hakikatnya. Berdasarkan statistik yang dibuat WHO, didapati populasi negara negara maju banyak menghidap kanser kolon berbanding negara kurang membangun. Kenapa ya ini berlaku? Mana tidak nya, di negara negara maju, penduduknya kaya raya dan pemakanan nya terlalu tertumpu kepada daging daging sahaja. Manakala negara kurang membangun seperti Afrika kebanyakan rakyatnya cuma mampu makan sayur sayuran saja.

Nak dapat daging kena sembelih la kat belakang tu, tak de supermarket ok..

Daging perlu dimakan, namun, ia tidak perlu diambil secara berlebihan. Kenapa? Sebabnya, Daging apabila diambil secara berlebihan akan bertindak sebagai karsinogen (penyebab kanser). Antara sebabnya ialah dalam daging terdapat myoglobin yang sewaktu proses memasak ditukar kepada sejenis kompoun yang boleh menyebabkan kanser. Proses ini disebut 'nitrosation'. Ada pendapat yang mencadangkan, daging menjadi penyebab kanser kerana terdapat 'heterocyclic amines' yang terbentuk sewaktu memasak.

Ni lah dia usus besar yang dah dibelah. Yang kita nampak ni lumen dia (permukaan dalam usus). Kanser tu yang kat tengah tu, berasal dari benda yang namanya polyps (kanan tu)

Gambar ketulan kanser dari kamera yang dimasukkan dari lubang dubur (kolonoskopi)

Sayur pula, kenapa perlu makan? Sebabnya, sayur ni mengandungi serabut (fiber) yang dapat mempercepatkan aliran makanan dalam usus. Kenapa perlu cepat cepat pula? Mempercepatkan aliran makanan dalam usus dapat mengelakkan kesan bahan bahan pencetus kanser daripada bertindak terhadap dinding usus kita. Tahu tidak, hempedu (bile) yang dihasilkan oleh badan kita sendiri boleh bertindak sebagai pencetus kanser? Orang yang tidak mau makan sayur, hempedunya akan tinggal di dalam usus jauh lebih lama berbanding orang yang makan sayur. sebab itulah di negara maju seperti Czech Republic, banyak orang menghidap penyakit ini. Akibatnya, rakyat di negara ini diarahkan untuk menunjukkan punggung mereka kepada doktor untuk pemeriksaan colorectal (kolon dan rektum).

Untuk budak budak pula, sayur ni penting sangat sebabnye, ia mengandungi prebiotik yang merupakan antigen (pencetus imuniti) untuk merangsang pertumbuhan imuniti yang sihat. Jadinya, tak ada lah anak anak kita asyik dapat semput saja bila dah besar.

Ni lah baby yang kurang makan sayur (hehe, memain aje, baby mana boleh makan sayur)

Jangan lupa juga, sayur sayur ni mengandungi vitamin yang pelbagai yang sangat penting untuk menjadikan badan kita cergas sepanjang masa (kecuali waktu tidur dan waktu nak tidur lah..). Sebagai contohnya, vitamin B amat penting untuk metabolisma badan, membolehkan badan menggunakan tenaga dengan efisyen dari makanan yang dimakan. Mineral dalam sayuran juga mempunyai peranan yang sama. Bayangkan, kalau tidak cukup kalium (potassium) dan magnesium dalam badan, kita akan selalu rasa penat penat dan rasa macam nak lepak aje selalu. Lepak dulu brader..

Ok lah, lepas ni kena lah berubah daripada bukan pemakan sayur kepada pemakan sayur.. Ingat lah nasihat ibu tu memang lah selalunya benar..

Ha.. Sekarang sayur bes ke tak bes.. cepat jawab..


No comments :

Post a Comment