Sakit Sendi Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis merupakan penyakit yang melibatkan sistem badan, penyakit kronik yang menyerang banyak tisu badan tetapi yang paling teruk terkesan ialah bahagian sendi. Sendi yang menghadapi masalah ini  menghasilkan cecair yang tidak bernanah (non-suppurative) yang selalunya akan berterusan memusnahkan tulang rawan (cartillage) dan tulang di bawahnya, menyebabkan arthritis (radang sendi). Penyakit ini boleh menyerupai penyakit Systemic Lupus Erytematodes (SLE) apabila ia melibatkan paru paru, otot, saluran darah jantung dan kulit.

Rheumatoid Arthritis (RA) sangat mudah ditemui, lebih kurang 1 daripada 10 orang dalam masyarakat dunia menghidapinya. Waktu  berlaku ialah dari umur 20-an hingga 50-an.

Tapak tangan bengkok ke sebelah ibu jari, manakala jari hujung bengkok ke jari kelingking

Terdapat begitu banyak perubahan dalam bentuk sendi akibat penyakit RA ini. RA biasanya melibatkna sendi sendi kecil seperti sendi tangan , kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan bahu. Tulang belakang boleh juga terlibat, tetapi amat jarang berlaku.


Apa yang berlaku dalam sendi? Sendi mengalami chronic synovitis. 

  1. Berlaku pertumbuhan sel synovia yang menyelaputi ruang sendi (synovial membrane)
  2. Terdapat sel inflamatory yang merentasi salur darah di sendi dan menduduki ruang sel synovia yang bertumbuh itu
  3. Terdapat pertumbuhan salur darah baru ke dalam ruang sendi
  4. Terdapat neutrofil (sejenis sel darah putih) dan pertumbuhan fibrin (agen pembekuan darah) di dalam ruang sendi
  5. Peningkatan aktiviti osteoclast (sel yang memusnahkan tisu tulang) di bahagian sendi
Sekiranya kita dapat melihat ruang sendi ini, kita boleh nampak satu lendutan tisu yang dipanggil 'pannus' di dalam sendi yang terdiri daripada sel synovia yang bertumbuh, tisu penghubung, fiber dan sel imuniti. 

Bagaimana nak kenal pasti masalah ni?
Pada peringkat awal, penghidap RA akan mempunyai bengkak bengkak  pada bahagian sendi proximal interphalangeal (lihat gambar). Bengkak tersebut berbentuk diffuse (tidak jelas, tetapi nampak bengkak pada sendi). Sekiranya tidak dirawat, lendutan (pannus di dalam sendi) boleh bertumbuh lebih banyak dan menghakis tulang rawan dan memenuhi rongga sendi (synovial cavity) menyebabkan pergerakan adalah mustahil, dan lama kelamaan sendi akan mengeras akibat endapan kalsium, situasi yang dipanggil 'ankylosis'. Ligamen, tendon dan otot di sekitar sendi turut boleh rosak, menyebabkan jari jari tangan bengkok ke arah jari kelingking (ulnar deviation) manakala tapak tangan bengkok ke arah ibu jari (radial deviation).
Satu daripada empat pesakit akan menonjolkan bonjolan pada siku yang dipanggil 'Rheumatoid Subcutaneous Nodules'. Saiz bonjolan ialah 2 cm. Otot otot antara sendi yang terlibat akan mengecut dan tangan pesakit akan kelihatan berlekuk kurus.

Gambar dari: www.medscape.com
Tangan kelihatan kurus sehingga tendon dan tulang jelas kelihatan

Apa yang membimbangkan ialah pesakit yang menghadapi masalah ini dengan serius boleh menghadapi penyakit lain seperti 'acute necrotizing vasculitis' yang membunuh banyak saluran darah yang bersais kecil dan sederhana dan, pesakit tidak lagi mampu bergerak bebas.




1 comment :

  1. Sakit sendi ni memang menyerang kita tanpa mengira usia kan.
    jika ada sesiapa yang ingin dapatkan supplement kesihatan sekeluarga silalah melawat blog saya ye.
    www.vitamin4mama.blogspot.com
    Tq

    ReplyDelete