Masalah Urat Kaki Timbul

Biasanya masalah ni terkena dekat orang berumur.. Terutamanya sewaktu muda mereka mereka bekerja yang memerlukan banyak berdiri. Individu yang ada masalah ni urat kakinya (vein) akan kelihatan jelas dan timbul timbul macam nak terkeluar dari kaki tu.

Contoh orang yang ada masalah varicose vein

Bahayakah varicose vein ni? Tidak, ia tidak lah merbahaya, tetapi bagi perempuan terutamanya, ini menjejaskan imej nilai estetik mereka. Namun kadang kadang masalah ini juga boleh menyebabkan kesakitan, apabila pesakit cuba menegangkan otot betis mereka dan menyebabkan gatal gatal.

Bagaimanakah masalah ini boleh terjadi? Masalah ni terjadi antaranya ialah akibat terlalu lama berdiri di tempat kerja, ini menyebabkan pengaliran darah dari kaki ke jantung semakin sukar dan darah berkumpul di kawasan hujung kaki (periferi). Jika individu kerap berdiri lama dan kurang bergerak, situasi ini menyebabkan salur darah vein mengembang dan injap injap yang mengawal darah dari berpatah balik ke kaki menjadi tidak efisyen (insufficient). Akibatnya pengaliran darah dari hujung kaki ke jantung menjadi semakin sukar dan vein akan kelihatan timbul di permukaan kulit dan berlingkar.


Selain itu, masalah ini juga boleh timbul kalau berlaku sumbatan pada vein bahagian dalam (Deep vein thrombosis - DVT). DVT disebabkan oleh gumpalan komponen darah (platelet dan darah) pada vein yang agak besar seperti femoral vein (di bahagian peha). Kalau ia tersumbat, darah terpaksa mencari jalan keluar dengan melalui vein di permukaan kulit dan kesannya, vein di permukaan kulit akan menjadi besar dan menebal.

Siapa yang selalu hadapi masalah ni? Orang berumur lebih mudah mendapat masalah ini. Menurut statistik, perempuan lebih mudah mendapat varicose vein berbanding lelaki. Perempuan mengandung selalu menghadapinya.  Selain itu, berat badan yang berlebihan turut menyumbang kepada penyakit ini.

Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, pakar perubatan boleh melakukan sesuatu. Biasanya varicose ni boleh dibedah dan dibuang. Jadi, tiada lagi lingkaran lingkaran yang jelas kelihatan macam dalam gambar di atas tu.


2 comments :

  1. salam.info yg syangat berguna.btw saie bru perasan saie ada mengalami masalah urat bersimpul nim.mase tu kwn saie duk bg thu secare tak sengaja bila kami menuruni kwsn dari pendakian.simtopm yg kerap di alami kaki rase cpt letih,lenguh,lemah bila berdiri,kaki tak kuat tuk menampung bdn,kulit kering n byk lg ketidak selesaan nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puan boleh mencuba menggunakan compression stockings bila melakukan aktiviti luar. Maklumat lanjut layari fb medi compression. Terima kasih.

      Delete