Leukemia (Kanser Sel Darah Putih)


Saya dahulu waktu kecil, selalu nampak dalam tv orang berlakon kene penyakit ni. Orang nye mesti kepala tak berambut, dan muka pucat. Tapi sekarang ni, memang jelas, orang orang penghidap lukaemia ni memang mempunyai penampilan sebegitu. Sungguh kasihan melihat mereka.

Apakah itu lukaemia?
Leukaemia (leukemia) merupakan satu penyakit kanser yang melibatkan pertambahan sel darah putih dalam badan manusia. Penghidap penyakit leukemia mempunyai begitu banyak sel darah putih, namun darah putih yang dihasilkan ini tidak matang dan penghidap tidak mampu melawan penyakit, walaupun penyakit yang biasa dihadapi oleh orang ramai. 

Penyakit ini boleh terjadi akibat pelbagai faktor. Faktor fizikal yang membawa kepada penyakit ini ialah terdedah kepada sumber radioaktif yang berintensiti tinggi dan dalam tempoh yang lama. Pekerja pekerja lombong radionukear selalu menghadapi penyakit leukemia. Faktor kimia turut menyumbang. Penggunaan kemoterapi bagi mengubati penyakit kanser tertentu boleh mendatangkan kerosakan kepada DNA sel yang giat membahagi. Di dalam badan kita, bukan sahaja sel sel kanser yang giat membahagi, sel tulang sum sum yang bertindak sebagai kilang menghasilkan sel darah putih dan darah merah turut menerima kesan kemoterapi tersebut. Kesannya, penerima rawatan kemoterapi berkemungkinan menghidapi masalah leukemia pula. Faktor genetik juga turut menyumbang kepada masalah leukemia. Dalam orang orang yang menghadapi masalah Philadelphia dan penghidap Sindrom Down, mereka lebih mudah mendapat penyakit leukemia. 

Sewaktu penyakit ini mula terjadi, penghidap leukemia akan menghadapi masalah pertambahan sel darah merah yang melampau. Pertambahan sel darah merah berlaku hampir dua kali ganda (dari 5 000 000 per mikroleter) yang melampau membawa kepada peningkatan kelikatan darah (blood viscosity). Ini seterusnya membawa kepada rintangan darah yang tinggi, dan menyebabkan kerosakan jantung. Selain jantung, organ organ yang mempunyai jaringan salur darah yang banyak turut terjejas. Antaranya ialah salur darah di buah pinggang, kelenjar pituitari (otak) dan paru paru. Penghidap leukemia pada awalnya akan menghadapi masalah oliguria (kurang penghasilan air kencing) dan menghadapi masalah dalam mengawal atur paras hormon dalam badan.

Setelah masa berlalu, sel darah putih dalam penghidap leukemia mula membahagi dengan banyak dan cepatnya. Kita boleh bahagikan kepada dua golongan penghidap leukemia. Penghidap leukemia acute dan leukemia kronik. Dalam penghidap leukemia acute, sum sum tulang akan menghasilkan sel darah putih dalam kuantiti yang banyak dan tidak matang secara serta merta, menyebabkan para ahli Patologi berjaya mengesan  penyakit ini dengan memerhatikan kewujudan hanya peringkat sel darah putih iaitu sel matang dan tidak matang, peringkat sel pertengahan tidak kelihatan di bawah mikroskop. Penghidap lukemia kronik pula menghadapi masalah pertambahan sel darah putih yang agak lambat, membolehkan ahli patologi mengesan kehadiran semua peringkat sel darah putih (tidak matang, pertengahan dan matang) di dalam darah, tetapi dalam kuantiti yang amat banyak.

Terdapat dua pecahan besar penyakit leukemia, iaitu mylocytic leukemia dan lymphoblastic leukemia. Myelocytic leukemia merujuk kepada pertumbuhan sel bergranul (terutamanya neutrofil, sejenis sel yang berfungsi membunuh bakteria dalam badan). Pecahan kedua ialah lymphoblastic leukemia, yang merujuk kepada sel T dan B di dalam badan, atau dipanggil lymphoma. Pertumbuhan sel B yang melampau contohnya boleh membawa kepada multiplt myeloma, penyakit yang menyebabkan pertambahan kandungan antibodi tidak berfungsi dalam badan. Antibodi tidak berfungsi ini, menurut Profesor Kuba, menyebabkan gejala amyloidosis yang mengganggu sistem perkumuhan dan kawal atur hormon dalam darah.

Akibat badan terlalu tertumpu menghasilkan sel darah putih, kesannya ialah badan kurang menghasilkan sel darah merah dan platelet (yang digunakan untuk membekukan darah apabila seseorang terluka, mengelakkan pendarahan berterusan). Kekurangan sel darah merah ini dipanggil anemia, boleh menyebabkan badan berasa amat lemah dan muka kelihatan begitu pucat sekali. Walaupun pada peringkat awal penghidap leukemia mempunyai terlebih kandungan sel darah merah, namun di peringkat seterusnya, penghidap leukemia mempunyai kandungan sel darah merah yang berkurangan. Penghidap leukemia juga sering kali kelihatan lebam lebam pada muka dan badan mereka akibat pendarahan dalaman yang berpunca daripada kurang kandungan platelet dalam darah.


2 comments :

  1. salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul….

    ReplyDelete