Haid Terhenti (Tak Datang Bulan) - Amenorrhoea

Haid terhenti adalah satu petanda bahawa seorang wanita itu hamil. Walau- bagaimanapun, bukan semua wanita yang tidak datang bulan itu mengandung. Ada yang mengadu tidak datang bulan dan ujian kehamilan juga negatif pada waktu yang sama.



Tidak datang bulan

Istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan "tidak datang bulan" adalah amenorrhoea. Wanita biasanya tidak datang bulan sebelum baligh, semasa hamil, atau selepas putus haid. Jika seorang wanita tidak datang bulan pada waktu yang sepatutnya (selain daripada situasi yang disebut tadi), ia mungkin berpunca daripada masalah perubatan yang perlu dirawat.

Terdapat dua jenis amenorrhoea: amenorrhoea primari dan amenorrhoea sekondari. Amenorrhoea primary ialah istilah yang digunakan pada seorang wanita muda yang masih tidak datang bulan pada usia 16 tahun. Amenorrhoea sekondari ialah apabila seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal selama 6 bulan atau lebih secara tiba tiba berhenti period.

Apa yang menyebabkan amenorrhoea?

Amenorrhoea boleh disebabkan oleh perubahan dalam organ badan, kelenjar, dan hormon yang terlibat dalam kawal atur haid.

Punca amenorrhoea yang paling utama termasuk:


  • Kegagalan ovari, organ seks wanita yang menghasilkan telur. 
  • Masalah dalam sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) atau kelenjar pituitari (kelenjar dalam otak yang menghasilkan hormon yang terlibat dalam haid). 
  • Organ pembiakan yang rosak. 


Sebab-sebab biasa amenorrhoea sekondari (apabila seorang wanita yang telah mempunyai tempoh haid normal berhenti mengalami period) termasuk:


  • kehamilan 
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Menghentikan penggunaan kontraseptif 
  • menopause 
  • Beberapa kaedah perancangan keluarga


Sebab-sebab lain termasuk:


  • Tekanan perasaan
  • pemakanan yang tidak seimbang
  • kemurungan 
  • ubat-ubat tertentu 
  • Penurunan berat badan yang melampau 
  • terlebih bersenam 
  • penyakit kronik
  • Kenaikan badan secara tiba-tiba atau berlebihan berat badan (obesiti) 
  • sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Gangguan kelenjar tiroid 
  • Tumor pada ovari atau otak (jarang berlaku). 


Penyakit Alzhimer - Nyanyuk (Alzhimer's Disease)

Alzheimer atau sebutannya alz-zhai-me, merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Penyakit Alzheimer bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Alzheimer adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya `nyanyuk' yang sekadar satu proses penuaan. Sebaliknya, ia adalah sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu diberikan perhatian.

Gambar menunjukkan perubahan otak pada orang yang mengidap alzhimer (kanan)


Alzheimer digolongkan ke dalam salah satu daripada jenis nyanyuk (dementia) yang dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Penyakit Alzheimer yang menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.

Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.

Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.

Menurut Esther, sekalipun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Sejarah Alzheimer

Penyakit yang julung kalinya, ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau.

Hasil bedah siasat, Alzheimer mendapati otak wanita tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary).

Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Kemusnahan sel-sel saraf ini menyebabkan neurotransmitter yang berfungsi menyampaikan mesej dari satu neuron pada neuron lain terjejas.

Meskipun penyakit ini mula dikesan hampir satu kurun yang lalu, ia tidak sepopular lain-lain penyakit seperti sakit jantung, hipertensi, Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) atau sebagainya.

Kemungkinan ini disebabkan oleh penyakit ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti penyakit hipertensi yang dapat dikesan melalui pemeriksaan tekanan darah secara berkala.

Pendedahan terhadap Alzheimer

Pendedahan mengenai penyakit Alzheimer masih rendah dan orang ramai tidak begitu berminat mengambil tahu mengenainya hinggalah ia dibincangkan secara terbuka yang ditulis sendiri oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-40, Ronald Reagan dalam suratnya yang bertarikh 5 November 1994.

Penyakit Alzheimer sukar dikesan kerana ramai yang beranggapan warga tua yang mula lupa-lupa, adalah sesuatu yang lazim kerana faktor usia. Sebaliknya kemungkinan itu adalah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit Alzheimer.

Peringkat Alzheimer

Lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan.

Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana.

Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.

Bermain catur, sudoku atau permainan lain yang menggunakan daya berfikir dikatakan dapat mengurangkan proses pembentukan penyakit Alzheimer.

Tanda-tanda lain

Pesakit juga boleh menjadi seorang yang agresif, cepat marah dan hilang minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Dianggarkan bahwa pada sekitar 1950-an kira-kira 2.5 juta penduduk dunia menghidap penyakit ini. Pada tahun 2000, penghidap Alzheimer dijangka mencecah hingga enam juta orang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan lebih satu bilion warga tua yang berusia lebih 60 tahun atau 10 peratus penduduk dunia menghidap Alzheimer (2003). Peningkatan ini, ada kaitannya dengan penduduk dunia yang semakin berusia, jangka hayat wanita meningkat hingga 80 tahun dan 75 tahun bagi lelaki. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan yang lebih baik, kadar perkahwinan menurun, perceraian bertambah dan mereka yang berkahwin tetapi tidak ramai anak.

Pesakit yang berada di tahap sederhana dan teruk akan menunjukkan tingkah laku yang pelik. Antaranya, seperti menjerit, terpekik dan mengikut penjaga ke mana saja walaupun ke tandas.

Selain itu, pesakit juga mendengar suara atau bisikan halus dan mengadu ternampak bayangan menakutkan. Semua ini secara tidak langsung memberi tekanan kepada penjaga kerana mereka terpaksa menjaga pesakit `36 jam' sehari.

Pesakit juga kadang-kala akan berjalan ke sana sini tanpa sebab dan corak tidur mereka juga berubah. Pesakit akan lebih banyak tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

Secara puratanya, pesakit yang didiagnos menghidap penyakit ini meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia. Ini kerana, dalam tempoh tersebut, pesakit hanya terlantar tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai Alzheimer ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan.

Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.

Individu yang berisiko

Menghidap hipertensi apabila mencecah usia 40 tahun ke atas
Penghidap penyakit kencing manis diabetes
Kurang melakukan senaman
Paras kolesterol yang tinggi
Faktor keturunan - mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan 50-an.


Hidung Berair Alergi / Selesema Alergi / Rinitis Alergi (Allergic Rhinitis)

Apakah rinitis alergi?

Rinitis alergi, sering dipanggil selesema alahan atau demam hay, berlaku apabila sistem imun anda terlalu sensitif kepada zarah dalam udara yang anda sedut. Anda alah kepada sesetengah jenis zarah dalam udara, menyebabkan selesema. Sistem imun menyerang zarah yang anda sedut melalui hidung, menyebabkan gejala-gejala seperti bersin dan hidung berair (selesema). Zarah zarah yang menyebabkan alahan ini dipanggil alergen, yang bermakna ia boleh menyebabkan reaksi alergi. Anda juga boleh mendapat masalah-masalah lain seperti resdung dan jangkitan telinga akibat daripada alahan anda.

Apakah tanda-tanda rinitis alergi?

Dalam kebanyakan kes, apabila anda mempunyai Rinitis alahan:


  • Anda bersin berulang ulang, terutamanya selepas bangun pagi.
  • Anda mempunyai hidung berair. Air yang keluar dari hidung yang disebabkan oleh alahan biasanya lutsinar dan cair. Tetapi ia boleh menjadi lebih likat dan keruh atau kuning jika anda mengidap jangkitan hidung atau sinus pada waktu yang sama yang berpunca daripada hidung berair tersebut.
  • Mata anda berair dan gatal.
  • Telinga, hidung, dan tekak yang gatal.


Alergen yang biasa menyebabkan rinitis alergi?
Anda mungkin tahu bahawa debunga daripada pokok-pokok, rumput, dan rumpai menyebabkan rinitis alergi. Ramai orang mempunyai alahan kepada habuk hama (dust mite), bulu binatang, lipas, dan lain lain. Alergen di tempat kerja, seperti bijirin, habuk kayu, bahan kimia, atau haiwan makmal, juga boleh menyebabkan rinitis alergi.

Jika anda alah kepada debunga, anda mungkin mempunyai tanda tanda alergi hanya pada masa-masa tertentu dalam setahun (musim berbunga, musim buah). Jika anda alah kepada hama habuk anda mungkin mempunyai tanda tanda alergi sepanjang masa.

Bagaimanakah rinitis alergi didiagnosis?

Untuk mengetahui jika anda mempunyai sebarang alahan, doktor akan bertanya tentang tanda tanda yang anda alami dan memeriksa anda. Mengetahui tanda-tanda alergi, bila anda mendapatkan alergi tersebut, dan apa yang membuatkannya lebih teruk atau lebih baik boleh membantu doktor untuk mengenalpasti punca alergi tersebut.

Jika anda mempunyai tanda tanda yang teruk, anda mungkin perlu menjalani ujian alahan untuk mengetahui punca sebenar penyebab alahan tersebut.

Doktor anda mungkin melakukan ujian kulit (skin prick test). Dalam ujian ini doktor anda meletakkan (mencucuk) sedikit alergen ke dalam kulit anda untuk melihat jika ia menyebabkan reaksi alergi.
Doktor anda juga boleh menjalankan ujian makmal. Ujian-ujian ini dilakukan untuk melihat bahan-bahan yang menyebabkan alergi.

Doktor mencucuk bahan alergen ke dalam kulit. Tindak balas alergik adalah seperti yang dibawah (kulit berbintat)


Bagaimana ia dirawat?

Tiada penawar untuk rinitis alergi. Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang menyebabkan alahan. Anda mungkin perlu membersihkan rumah menggunakan vacum dengan kerap untuk menghilangkan debu, bulu binatang, dan lain lain. Atau anda mungkin perlu tinggal di dalam rumah apabila musim pendebungaan berlangsung.

Jika anda tidak mempunyai asma, biasanya anda boleh mengambil ubat ubat 'over the counter'  seperti anti-histamine yang tidak memerlukan preskripsi doktor untuk merawat segala tanda tanda alergi anda di rumah. Jika anda mempunyai asma, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu kerana asma biasanya tidak dapat dirawat tanpa ubat preskripsi yang ditulis oleh doktor.

Jika alahan anda mengganggu anda secara serius dan anda sukar untuk membuang atau membasmi bahan alergi tersebut, anda boleh mendapatkan rawatan alergi (imunoterapi) untuk membantu mengawal tanda tanda penyakit anda. Terlebih dahulu, doktor perlu tahu apakah jenis alergen yang menyebabkan reaksi alergi pada badan anda dengan menjalankan ujian seperti yang dibincangkan sebelum ini. Mencari rawatan yang paling sesuai untuk anda kadang kalam mengambil masa yang agak lama. Jadi pesakit perlu bersabar dalam proses rawatan.


Kulit Berbintat, Penyakit Alergi - Gelegata / Gegata (Hives atau Urtikaria)

Urtikaria - juga dikenali sebagai gatal-gatal seolah bekas gigitan nyamuk atau kulit berbintat adalah sejenis ruam yang timbul/membonjol yang boleh wujud di sebahagian badan atau di seluruh badan. Kawasan yang terjejas boleh berubah menjadi ruam yang teruk dalam masa 24 jam, dan ruam biasanya akan pulih semula dalam masa beberapa hari. Jika ia hilang sepenuhnya kurang dari masa enam minggu, ia dikenali sebagai urtikaria akut. 

Urtikaria pada lengan

Urtikaria pada aiai badan

Kadang-kadang ruam boleh berterusan atau datang dan pergi lebih daripada enam minggu, boleh jadi sehingga bertahun-tahun. Doktor merujuk perkara ini sebagai urtikaria kronik. 

Siapa yang terlibat dengan urtikaria? 

Urtikaria adalah keadaan yang biasa berlaku. Dianggarkan bahawa kira-kira 1 dalam 6 orang akan mempunyai urtikaria pada satu ketika dalam hidup mereka. 

Kanak-kanak kerap mengalami urtikaria berbanding orang dewasa. Dalam orang dewasa pula, urtikaria selalu berlaku pada golongan wanita. Urtikaria juga selalu berlaku pada orang-orang yang mempunyai rekod alahan. 

Apa yang menyebabkan urtikaria? 

Urtikaria berlaku apabila alergen yang menyebabkan tindak balas alergi merembeskan histamin dan bahan mediator kimia lain yang memberi kesan gatal dan merah merah pada kulit. 

Bahan-bahan ini (terutamanya histamine) menyebabkan saluran darah di kawasan yang terjejas mengembang (sering menyebabkan kemerahan atau warna merah muda) dan menjadi jarang jarang. Ini menyebabkan cecair dalam darah keluar ke dalam tisu kulit menyebabkan bengkak dan gatal. 

Histamine dilepaskan atas pelbagai sebab, termasuk: 

reaksi alahan terhadap bahan-bahan seperti getah 
pendterdedah kepada sejuk atau panas 
jangkitan 
kesan bahan kimia tertentu yang terdapat dalam beberapa jenis makanan dan ubat-ubatan, seperti ubat demam (NSAID) 

Bahan bahan tertentu juga boleh membuat gejala urtikaria menjadi lebih teruk. Ini termasuk: 

minum alkohol atau kafein 
tekanan emosi 
suhu panas 

mendiagnosis urtikaria 

Doktor secara lazimnya dapat mendiagnosis urtikaria dengan memeriksa ruam pada kulit anda. 
Mereka akan menyiasat punca yang menyebabkan urtikaria tersebut supaya anda boleh mengelak dari menyentuh/ memakannya pada masa akan datang. Mereka akan menanyakan anda beberapa soalan termasuk: 

bila dan di mana ia bermula 
apa yang anda makan sebelum ia bermula dan butir-butir diet biasa anda 
sama ada anda ada mengambil ubat baru sebelum masalah berlaku. 
sama ada anda tinggal atau bekerja dengan haiwan peliharaan, bahan kimia atau sarung tangan getah

Jika doktor anda mengesyaki bahawa ia disebabkan oleh tindak balas alahan, anda mungkin akan dirujuk ke klinik alergi untuk ujian alahan. 

merawat urtikaria 

Dalam banyak kes, rawatan tidak diperlukan untuk urtikaria kerana ruam selalunya menjadi lebih baik dalam masa beberapa hari. 

Jika kegatalan menyebabkan anda rasa tidak selesa, ubat antihistamin boleh membantu. Antihistamin boleh didapati di kaunter farmasi. Counsult dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan nasihat. 
Ubat steroid oral untuk jangkamasa pendek diperlukan bagi kes-kes yang amat teruk. 
Jika anda mempunyai urtikaria berterusan, anda mungkin akan dirujuk kepada pakar kulit (dermatologi). Rawatan biasanya melibatkan ubat-ubatan untuk melegakan gejala dan simptom gatal dan kulit berbintat, pada masa yang sama punca kepada alergi perlu dikenal pasti agar dapat mengelak urtikaria berulang lagi.

Ubat sapu steroid

Ubat tablet anti histamine


Komplikasi urtikaria 

Kira-kira satu perempat daripada orang yang mengalami urtikaria akut dan satu perdua daripada orang-orang yang mengalami urtikaria kronik menghidapi bengkak pada lapisan yang lebih dalam pada kulit. Ini dikenali sebagai angioedema dan ia biasanya berlaku di bahagian yang berbeza beza di badan, seperti mata, bibir dan alat kelamin. 

Ubat-ubatan seperti antihistamin dan kortikosteroid oral (tablet) boleh digunakan untuk melegakan bengkak tersebut. 
Steroid dalam bentuk suntikan mungkin diperlukan bagi kes-kes yang lebih teruk seperti angioedema. Suntikan ini biasanya diberikan di hospital-hospital atau klinik-klinik pakar oleh pakar sistem imun dan pakar alahan.


Penyakit Alergi - Ekzema (Dermatitis Atopik) (Atopic Dermatitis)

Ekzema atopik, juga dikenali sebagai dermatitis atopik, adalah jenis ekzema yang paling biasa berlaku. Ia berlaku terutamanya kepada kanak-kanak, tetapi boleh juga berlaku dalam orang dewasa. Ekzema adalah keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal, merah, kering dan retak. Ia adalah merupakan masalah kronik (yang berlaku dalam jangka masa yang berpanjangan).



Ekzema atopik biasanya berlaku di kawasan yang mempunyai lipatan kulit, seperti:
  • belakang lutut
  • bahagian dalam siku
  • sisi leher
  • di sekeliling mata dan telinga
Ekzema atopik boleh berubah-ubah tahap dan kebanyakan orang hanya mengalami ekzema tahap rendah. Gejala ekzema yang teruk termasuk kulit menjadi retak, kulit menjadi sakit dan pendarahan kulit.

Penghidap ekzema atopik biasanya melalui waktu dimana gejala adalah kurang ketara dan rawatan tambahan tidak diperlukan, dan waktu dimana gejala adalah amat ketara, meluap luap menjadi sangat teruk, yang memerlukan rawatan tambahan dengan segera

Apa yang menyebabkan ekzema atopik?

Punca sebenar ekzema atopik adalah tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia selalunya berlaku dikalangan orang yang mengalami alahan ("atopik" bermaksud sensitif terhadap alergen). Ekzema atopik boleh berlaku dikalangan ahli dalam satu keluarga sekaligus dan sering kali berlaku bersama sama penyakit alahan lain seperti asma dan demam alergi.

Merawat ekzema atopik

Ekzema atopik biasanya akan hilang sendiri apabila kanak kanak yang mengalaminya semakin membesar dewasa. Dalam kira-kira 53% daripada semua kes, ekzema atopik hilang sendiri sebelum kanak-kanak mencapai  usia 11 tahun, dan dalam 65% daripada semua kes, ekzema atopik hilang sendiri sebelum usia menjejak 16 tahun.

Pelbagai jenis rawatan boleh digunakan untuk mengawal gejala-gejala dan merawat ekzema, termasuk ubat-ubatan dan panjagaan diri

Rawatan utama adalah:

emolien (rawatan pelembap) - digunakan pada setiap masa untuk mengelakkan kulit kering
kortikosteroid topikal (ubat sapu)- digunakan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan

Siapa yang terkesan?

Kira-kira satu dalam lima kanak-kanak mempunyai ekzema. Dalam 8 daripada 10 kes, ekzema atopik berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Ramai kanak-kanak mendapat penyakit ini sebelum ulang tahun pertama kelahiran mereka.

Bilangan individu menghidap ekzema atopik telah meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan gaya hidup atau persekitaran yang menyebabkan ekzema semakin menjadi jadi, atau mungkin juga kerana doktor doktor pada masa kini lebih sedar tentang kewujudan penyakit ini menyebabkan lebih banyak kes dilaporkan.

---

Gejala-gejala ekzema atopik selalu hadir. Mereka boleh menjadi lebih teruk semasa serangan dermatitis, yang memerlukan rawatan tambahan. Gejala termasuk kulit gatal, kering dan merah yang mungkin pecah atau retak. Ekzema atopik boleh berlaku di seluruh badan dan yang paling biasa: 


  • bayi - pada muka dan kulit kepala, dan pada tangan dan kaki 
  • di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak - pada tangan atau di sekitar sendi di bahagian tangan dan kaki, seperti bahagian dalam siku atau belakang lutut 
  • LIHAT GAMBAR DI ATAS SEKALI UNTUK MELIHAT TEMPAT EKZEMA TERJADI


Penghidap ekzema atopik yang tidak serius biasanya mempunyai kawasan kecil kulit kering yang kadang-kadang gatal. Dalam kes-kes yang lebih teruk, ekzema atopik boleh menyebabkan kulit kering semakin menjadi jadi, menyebabkan gatal-gatal yang berterusan dan cecair meleleh di tempat garu. 

Menggaru boleh mengganggu tidur anda dan menjadikan kulit anda berdarah. Ia juga boleh membuat gatal menjadi lebih teruk seterusnya menyebabkan pengidap menggaru dengan lebih dasyat dan kitaran ini menjadikan keadaan pengidap ekzema atopic semakin parah. Pada kanak-kanak, masalah ini boleh membawa kepada tidur yang tak lena dan sukar menumpukan perhatian di sekolah. Menggaru juga menyebabkan kawasan garu tersebut mudah dijangkiti bakteria (biasanya Staphylococcus aureus)


Penyakit Alergi - Dermatitis Sentuhan (Contact Dermatitis)

Dermatitis sentuhan adalah keradangan kulit yang berlaku apabila anda tersentuh dengan bahan tertentu. 
Dermatitis sentuhan adalah sejenis ekzema yang boleh menyebabkan merah, gatal dan kulit bersisik, dan kadang-kadang rasa terbakar dan rasa pedih. Ia membawa kepada kulit anda menggelembung, kering dan retak. 

Gambar menunjukkan dermatitis sentuhan (contact dermatitis) hasil sentuhan terhadap bahan alergik.

Ia boleh menjejaskan mana-mana bahagian badan tetapi yang paling biasa ia memberi kesan kepada tangan. 
Dermatitis sentuhan boleh disebabkan oleh: 


  • Bahan merengsa (bahan yang merosakkan kulit secara fizikal), atau 
  • Alergen (bahan yang menyebabkan sistem imun untuk bertindak balas dengan cara yang memberi kesan kepada kulit) 

Dermatitis sentuhan disebabkan oleh bahan merengsa adalah lebih biasa, ia menyebabkan sehingga 8 daripada 10 kes. 

Merawat dermatitis sentuhan

Jika anda berjaya mengelakkan alergen yang menyebabkan dermatitis sentuhan,  maka keadaan anda akan bertambah baik. 
Walau bagaimanapun, ini bukan mudah.Ubat kortikosteroid boleh digunakan untuk merawat gejala yang teruk. Dengan rawatan, kebanyakan orang dengan dermatitis dapat menjalani kehidupan dengan normal. Sesetengah orang mungkin mengalami komplikasi dermatitis sentuhan seperti jangkitan atau gejala lain yang teruk yang menjejaskan kualiti hidup mereka. 

Siapa yang terkesan? 

Dermatitis sentuhan adalah lebih biasa di kalangan wanita, dengan kira-kira 1 dalam 5 wanita mengalaminya di tangan mereka pada satu satu ketika dalam hidup mereka. Ini mungkin kerana wanita lebih terdedah kepada punca masalah yang boleh menyebabkan dermatitis sentuhan seperti sabun pencuci dan lain lain. 
Dermatitis sentuhan boleh berlaku pada semua peringkat umur dan boleh menjejaskan sesiapa sahaja tanpa mengenal kaum.

---

Dermatitis sentuhan biasanya memberi kesan kepada kawasan kulit pada tangan dan muka. Bergantung kepada apa yang telah menyebabkan dermatitis sentuhan tersebut, anda juga mungkin mengalami gejala-gejala lain. 

Kedua-dua dermatitis sentuhan (yang berpunca daripada alergi dan kerengsaan) boleh menyebabkan kulit anda menjadi: 


  • merah 
  • radang 
  • menggelembung 
  • kering 
  • menebal 
  • retak 

Dermatitis sentuhan berpunca daripada bahan merengsa:

Tanda-tanda biasanya akan muncul dalam tempoh 48 jam setelah tersentuh dengan bahan yang merengsa tersebut. Perengsa yang kuat boleh menyebabkan kulit anda untuk bertindak balas dengan sangat cepat. Perengsa yang amat selalu dijumpai wanita, seperti sabun dan detergen, mungkin perlu disentuh dengan kerap dan berulang-ulang sebelum mereka menyebabkan masalah. Kalau setakat sekali dua, ia tidak menyebabkan dermatitis sentuhan. Hanya kawasan kulit yang menyentuh secara langsung dengan bahan perengsa tersebut yang akan terjejas.



Dermatitis alahan.

Gejala dermatitis mengambil masa beberapa hari untuk muncul selepas anda tersentuh dengan alergen yang menyebabkan alahan. Alahan tersebut berlaku pada tempat alergen tersentuh kulit anda.
Sebagai contoh, jika anda alah kepada eye shadow atau blusher, kelopak mata atau pipi anda mungkin terjejas. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, kawasan kulit lain boleh juga terjejas.

---

Contact dermatitis berlaku apabila kulit anda bertindak balas kepada bahan tertentu.

Bahan merengsa - bahan yang merosakkan kulit
alergen - bahan yang boleh menyebabkan badan untuk bertindak balas secara luar biasa

Contact Dermatitis berpunca daripada bahan merengsa

Dermatitis Sentuhan Merengsa berlaku apabila kulit anda tersentuh secara langsung dengan bahan perengsa. Bahan ini merosakkan lapisan luar kulit anda, menyebabkan kemerahan, gatal-gatal, pedih atau rasa pedih.
Dermatitis kenalan Merengsa mungkin disebabkan oleh sentuhan yang kerap dengan bahan perengsa yang lemah, seperti sabun atau detergen. Ia juga mungkin berlaku jika anda menyentuh dengan perengsa yang lebih kuat dalam masa yang singkat.


  • Perengsa biasa termasuk: 
  • bahan pencuci dan sabun 
  • antiseptik dan antibacterials 
  • minyak wangi dan bahan pengawet dalam kosmetik atau kelengkapan peribadi 
  • pelarut 
  • bahan kimia, seperti pembasmi kuman 
  • asid dan alkali 
  • simen 
  • air, terutamanya air likat, air berkapur atau air yang banyak berklorin
  • debu 
  • tanah 
  • beberapa tumbuh-tumbuhan, seperti clematis



Dermatitis Merengsa di tempat kerja
Anda mungkin lebih berisiko dermatitis sentuhan jika anda bekerja dengan bahan perengsa semasa bertugas atau jika pekerjaan anda melibatkan banyak kerja berpeluh. Jika anda mengalami masalah ini atas sebab pekerjaan, ia boleh dirujuk sebagai dermatitis perengsa pekerjaan.
Dermatitis jenis ini adalah lebih kerap berlaku dalam pekerjaan tertentu, termasuk:


  • pembersih dan pembantu rumah 
  • penyedia makanan, tukang masak dan dan katerer 
  • pendandan rambut dan kecantikan 
  • pekerja ladang dan pekerja perikanan 
  • jurutera dan pekerja pembinaan 
  • profesional kesihatan (termasuk doktor gigi dan doktor haiwan) 
  • pencetak dan pelukis 
  • Dan lain lain 


Gejala dermatitis menjadi lebih teruk dengan:


  • haba 
  • cuaca sejuk 
  • geseran (menggosok tempat yang terlibat) 
  • kelembapan rendah (udara kering) 


Dermatitis alahan

Dermatitis alahan berlaku apabila anda bersentuhan dengan alergen yang menyebabkan sistem imun anda untuk bertindak balas secara abnormal. Sistem imun anda adalah sistem pertahanan semula jadi badan yang biasanya melindungi badan anda daripada jangkitan dan penyakit. Semasa tindak balas alahan, sistem imun menyerang sel-sel sihat dan tisu badan sendiri. Inilah yang menyebabkan kulit anda menjadi sakit dan radang.

Kali pertama anda menyentuh bahan alergen, badan anda mula untuk menjadi sensitif kepadanya. Tetapi pada waktu tersebut, anda tidak dapat melihat merah merah atau gatal kerana sistem alahan baru hendak diaktifkan. Kemudian, apabila anda menyentuh bahan alergen tersebut buat kali kedua, kulit anda bertindak balas dengan alergen tersebut dan menghasilkan ruam merah yang gatal.

Alergen biasa yang boleh menyebabkan dermatitis alahan termasuk:


  • logam, seperti nikel atau kobalt dalam barang kemas 
  • kosmetik seperti minyak wangi, pewarna rambut dan varnis kuku
  • pengawet ditambah kedalam ubat-ubatan tertentu (termasuk krim berubat) 
  • getah, termasuk getah semulajadi (Rubber allergy) 
  • tekstil, terutamanya pewarna dan resin yang terkandung di dalamnya 
  • pelekat kuat (gam), seperti pelekat resin epoksi 
  • beberapa tumbuhan seperti kekwa, daffodils, tulip dan Primula 
  • beberapa ubat topikal (ubat yang digunakan direct pada kulit), seperti ubat sapu kortikosteroid dan ubat sapu antibiotik.




Akromegali (Acromegaly) - Jari Dan Tangan Membesar, Muka Berubah Ganas

Acromegaly adalah keadaan di mana terdapat hormon pertumbuhan terlalu banyak di dalam badan. 

Punca 

Acromegaly adalah suatu keadaan yang jarang berlaku. Ia adalah berlaku apabila kelenjar pituitari membuat hormon pertumbuhan terlalu banyak. Kelenjar pituitari adalah kelenjar endokrin sebesar kacang yang terletak di pangkal otak. Ia mengawal, membuat, dan melepaskan beberapa hormon, termasuk hormon pertumbuhan. 

Biasanya ketumbuhan pada kelenjar pituitari menyebabkan kelenjar untuk melepaskan hormon pertumbuhan terlalu banyak. 

Pada kanak-kanak, hormon pertumbuhan terlalu banyak menyebabkan gigantism dan bukannya acromegaly. Gigantism ialah kanak kanak tersebut menjadi besar seperti gergasi.

Gejala:

Gejala acromegaly boleh termasuk mana-mana yang berikut: 

Bau badan 
Sindrom Carpal Tunnel
Kekuatan otot menurun (lemah) 
Penglihatan periferi menurun 
Mudah letih
Ketinggian yang berlebihan (apabila melebihi pengeluaran hormon pertumbuhan bermula pada zaman kanak-kanak) 
Peluh berlebihan 
Sakit kepala 
Serak 
Sakit sendi, pergerakan sendi yang terhad, bengkak kawasan bertulang sekitar sendi 
Tulang muka membesar terutamanya rahang 
Kaki besar (perubahan saiz kasut), tangan besar (perubahan saiz cincin atau saiz sarung tangan) 
Kelenjar yang besar pada kulit (kelenjar sebum) 
Rahang besar (prognathism) dan lidah besar (macroglossia) 
Apnea sewaktu tidur 
Penebalan kulit
Gigi menjarak 

Dagu menjadi memanjang dan muka kelihatan ganas. Hidung menjadi besar

Tangan menjadi besar. Saiz cincin menjadi besar

Dagu kedepan (prognatism)

Gigi menjadi jarang jarang.


Gejala-gejala lain yang boleh berlaku dengan penyakit ini: 

Polip kolon 
Pertumbuhan rambut yang berlebihan pada wanita (hirsutisme) 
Diabetes jenis 2 
Penambahan berat badan 

Pemeriksaan dan Ujian 

Ujian berikut boleh dilakukan untuk mengesahkan diagnosis acromegaly: 

Glukosa darah 
Hormon pertumbuhan 
Paras (IGF-1) tinggi
Xray Tulang belakang 
MRI otak, termasuk kelenjar pituitari 
Ekokardiogram 
Prolaktin 
Rawatan 

Pembedahan untuk mengeluarkan tumor pituitari yang menyebabkan masalah ini biasanya berupaya membawa paras hormon pituitary seperti sedia kala. Kadang-kadang tumor terlalu besar untuk dibuang sepenuhnya.

Selepas rawatan, anda perlu untuk berjumpa doktor anda secara berkala untuk memastikan bahawa kelenjar pituitari berfungsi secara normal. Penilaian tahunan adalah disyorkan. 

Pembedahan pituitari berjaya dalam kebanyakan pesakit. Ia bergantung pada saiz tumor dan pengalaman pakar bedah. 

Tanpa rawatan, tanda-tanda akan menjadi lebih buruk. Syarat-syarat seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, dan penyakit jantung mungkin berlaku. 

Bila Anda Patut Hubungi Pakar Perubatan 

Jumpa doktor anda jika: 
Anda mempunyai gejala acromegaly 
Simptom anda tidak bertambah baik dengan rawatan 

Pencegahan 

Acromegaly tidak boleh dielakkan. Rawatan awal boleh mencegah komplikasi penyakit ini daripada menjadi lebih teruk.